Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

“Ada Yang Tanya Saya Tak Bantu Ke? ALLAH, Tubuh Saya di Sini, Doa dan Bantuan Saya Bersama Mereka.”

Afiza Kamarulzaman 07/01/2021 | 04:14 MYT
Keadaan banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia terutamanya sekitar Pahang dikatakan paling buruk dalam sejarah. Sungguh memilukan apabila melihat saudara kita kehilangan tempat tinggal, harta benda dan terputus hubungan dengan dunia luar. Antara lokasi yang terjejas ialah Kuala Lipis, tempat kelahiran Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Dalam satu hantarannya di Instagram baru-baru ini, beliau berkongsi bantuan yang beliau sumbangkan kepada mangsa banjir di sana dengan kapsyen yang agak mengesankan. Menurut Tok Ti ada yang mempertikaikan kenapa dia tidak turun padang membantu orang kampungnya dalam keadaan sekarang ini?
Ujar Tok Ti, keadaannya tidak mengizinkan untuk beliau ke sana tetapi sesungguhnya walaupun tubuhnya tiada di lokasi banjir, namun, Insyallah doa dan bantuannya sampai bersama mangsa yang sedang diuji di sana. Tok Ti menerusi team beliau sudah pun menghantar bantuan berupa stok makanan dan minuma kepada penduduk sekitar Pahang.
IG: Rozi Sang Dewi
Dan ini coretan Pengurus Tok Ti, Rozi Abdul Razak menerusi hantarannya di Instagramnya semalam.
6 Januari 2021. Saya dan Aiman membawa amanah boss kami, Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk menghantar sumbangan/bantuan barang keperluan ke pusat pemindahan sementara (pps) di beberapa tempat di Benta dan Kuala Lipis. Ada juga edaran kepada keluarga yang tersekat dan tidak dapat ke pusat pemindahan sementara.
Alhamdulillah, segalanya selesai dengan baik, terima kasih kepada semua yang membantu kami sepanjang edaran dibuat. Terima kasih Siti dan suami.
IG: Rozi Sang Dewi
Ironi, saya membawa misi bantuan boss saya, hingga hampir terlupa, bantuan kecil syarikat saya, Radar Rezeki Resources dan rezeki penjualan sambal hitam Resipi Sangdewi turut melaksanakan misi yang sama hari ini tetapi edarannya dibantu oleh pihak lain.
Tidak ada apa yang membahagiakan dan melapangkan hati kita selain dapat meringankan kesukaran serta memudahkan urusan orang lain. Pastinya bukan usaha satu pihak kerana saya yakin, rakyat Malaysia tidak kira dari negeri mana, keprihatinan dan sifat pemurah dapat dilihat.
Tidak hanya kemampuan wang ringgit malah tenaga, berkorban membantu menjadi sukarelawan, menguruskan penempatan, menyediakan makan minum dan banyak lagi.
IG: Rozi Sang Dewi
Meskipun kita sangat memahami, beratnya tanggungan setiap mangsa banjir, kembali ke rumah, segalanya rosak, banyak kemusnahan, perlu mencuci lumpur tebal, barangan rumah kotor dan tidak lagi boleh digunakan, ini tentunya bukan hal mudah bagi mereka yang menanggungnya.
Bantulah apa yang kita mampu, pihak kerajaan, pihak berwajib juga pasti ada peruntukan tertentu kepada setiap keluarga ini, lakukan segera. Membantu jangan lengah, percepatkan prosedur, permudahkan cara kerana segalanya adalah keperluan yang mendesak.
Moga Allah mempermudahkan segalanya. Aamiin.
-Rozi Sang Dewi-
IG: Rozi Sang Dewi
#Siti Nurhaliza #Pahang #Mangsa Banjir
;