Orang tua dulu-dulu sudah lama berpesan; ‘buat baik berpada-pada, buat jahat sekali’. Dinyatakan buat baik berpada-pada itu bukanlah maksudnya kita hatrus menyekat perbuatan baik kita terhadap orang lain.
Namun, serahan semua kebaikan itu mesti ada limitasinya dan lihat juga pada orang yang menerima kebaikan itu. Adakah benar-benar diperlukan kebaikan kita itu? Atau sejauh mana keikhlasan kita pula dalam memberi kebaikan?
Dibimbangi jika terlalu banyak menabur budi kelak memakan diri dan menyakitkan hati. Kita ini manusia biasa, tingkat kebaikan hati juga ada pasang surutnya. Amalan yang baik itu juga bukanlah yang disarankan untuk dibuat beria-ia tetapi walaupun eloknya sedikit namun berterusan.
Begitulah hubungan sesama manusia. Tak dinafikan ada saja manusia di sekeliling kita yang jenisnya tidak tahu mengenang budi atau mudah lupa diri. Bak kata pepatah, umpama melepaskan anjing tersepit.
Kala susah, kitalah tempat mengadu. Apabila selesai masalah, kita diumpamakan seperti musuh. Inilah yang ditakutkan, hilangnya keikhlasan di hati dan mengeruhkan hubungan di kemudian hari.
Lebih Baik Jauhkan Diri Daripada Orang Yang Membawa Benci
Bukan niat memutuskan silaturahim, jauh sekali mencari permusuhan. Namun, jika dengan cara menjarakkan diri itu jalan terbaik untuk tidak mengeruhkan keadaan, sebaiknya ia diambil.
Ada kala, ketiadaan kita nanti barulah membuka mata mereka untuk mengingati dan mengenang kembali. Kerana selagi kita terus ada berbudi tanpa henti, dia langsung tak hargai dan anggap semua kebaikan hanya seperti mencurah air ke daun keladi.
Bukan tidak ikhlas atau mengharap balasan. Namun, kita tidak mahu daripada baik budi itu nanti membawa benci dan keterpaksaan. Kadang-kadang orang seperti ini harus diberi pengajaran untuk lebih matang dan sedar diri.
Dalam masa yang sama, jangan berhenti berdoa agar satu masa nanti hubungan kembali jernih dan baik-baik adanya. Doakan juga diampun semua salah dan silap antara keduanya. Setidak-tidaknya kita tidak punya ‘dosa’ menyakiti hatinya. Cuma membawa diri tanpa menyusahkan sesiapa.
Afiza Kamarulzaman
Wed Nov 24 2021
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.
“She’s A Good Person” - Amir Ahnaf Akui Kenal Sarah Yasmine Menerusi Anna Jobling
Nama kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine seakan-akan tidak lekang daripada disebut dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Membongkarkan skandal satu per satu selebriti-selebriti yang pernah bersamanya, Sarah Yasmine seolah-olah mengenali ramai artis di negara ini. Pernah bertemu wanita tersebut, pelakon Amir
Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"
Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima menggesa wanita kelahiran Singapura yang mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine segera berhenti daripada terus melondehkan kisah artis Malaysia.
Rancak Guna L U S M Di Instagram, Netizen Kecam Ruhainies Adik-Beradik: “Ini Yang Korang Nak Percaya Permohonan Maaf...”
Selain itu, Ruhainies turut rancak melayan peminat di Instagram Story dengan menggunakan ringkasan-ringkasan sama.
Bukan Tatu ‘Butterfly’, Ameera Khan Tak Sangka Ada Alergi Inai - “Kulit Saya Mula Terkopek & Berdarah”
Ameera respons mengenai dakwaan dia ada tatu.
“Bukan Semua Benda Kita Perlu Kongsi” – Video Wanita Pecah Air Ketuban Atas Sofa Ketika Beraya Raih Kecaman
Setiap ibu hamil pasti akan melalui fasa air ketuban pecah yang menjadi petanda bakal bersalin. Hal itu yang dapat dilihat menerusi satu video viral baru-baru ini. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang wanita mengalami pecah ketuban ketika beraya di rumah rakannya. Namun, apa yang membuatkan perkongsian tersebut tular adalah apabi