Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Agak-Agak Tahun Ni Beli BAJU RAYA Tak? – Sepasang Okey Kot, Buat Kenangan Raya PKP, Sambil Bantu Peniaga Kita.

Afiza Kamarulzaman
28/04/2020 12:23 MYT


Memang akan terasa lain benar Syawal yang akan kita sambut tidak lama lagi. Bulan puasa ini pun sudah terasa kelainannya. Tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu. Apa pun, ibadat wajib harus terus kita laksanakan mengikut kemampuan dan ketetapan Nya. Seperti mana bulan puasa yang disambut scara sederhana dari segi juadah berbuka, begitu halnya dengan sambutan Hari Raya yang sudah dapat diagak bagaimana situasinya nanti.


Kalau ikut kebiasaan menjelang saja Ramadan dan diikuti Syawal, antara persiapan yang selalu menjadi fokus orang kita adalah baju Raya. Semakin dekat Lebaran, semakin sibuk orang kita mencari baju untuk diri sendiri dan keluarga tidak kisah sama ada yang dibeli siap atau ditempah khas. Kalau ditempah, maka beberapa bulan sebelum Lebaran, kain pasang sudah dihantar kepada tukang jahit untuk dibajukan.


#MIEDYDANIELXMKC MIEDY DANIEL COLLAB ⁣ ⁣ "Less is More " the perfect theme for this collab.⁣ ⁣ The collection enchance the uniquenes in every each character that Miedy have in his sense of fashion.⁣ ⁣ The prints and the color are particularly pick and design to make a person effortlessly beautiful.⁣ ⁣ Miedy have a amazing taste and touch in fashion.⁣ ⁣ #TempahanSiap24Jam #LessIsMore #Raya2020

A post shared by MEK KEMBANG COTTON (@mekkembangcotton) on




Masih Ramai Yang Belum Membeli

Kebanyakan warga Malaysia, masih berkira-kira untuk membeli atau tidak baju Raya tahun ini? Ada yang menjangkakan tempoh PKP akibat pandemik Covid-19 ini akan dilanjutkan selepas Ramadan, yakni kita terpaksa beraya secara PKP juga tanpa boleh keluar ziarah-menziarah seperti selalunya. Jadi, ada yang beranggapan tidak perlulah untuk membeli baju Raya tahun jika tidak dipakai nanti.


Menurut Dinie Addina, 24, Pekerja Taska, “Saya dan keluarga tidak sempat untuk menempah baju raya tahun ini. Kalau ikut perancangan awal, kami mahu menggayakan baju sedondon tahun ini sama seperti selalunya. Namun, belum sempat mahu membeli kain, PKP sudah diumumkan, maka terbantutlah rancangan kami itu. Kalau ikut kata Ibu, tidak perlu pun tak apa. Bukan hendak ke mana pun. Tapi bagi kami, anak-anak perempuan pasti mahu juga sepasang baju untuk dipakai di rumah pagi Raya nanti.”




Price Drop Is Back ! . How To Order: . click link on bio to order through whatsapp . Order through our official personal shoppers . Featured Item - Poise Current Availability Nude: XS ✅ S : Almost Sold Out M : Almost Sold Out L : Almost Sold Out XL : ✅ XXL : ✅

A post shared by OWL by Nora Danish (@owlbynd) on




Bagi Jumariana, 39, Kakitangan Bank, “Kami memang biasa membeli baju Raya di saat-saat akhir. Jadi, sudah tentulah tahun ini nampak gayanya kami tidak sempat lagi untuk membuat sebarang persiapan. Keluarga kami besar, jadi kalau mahu dibeli pun kena dilihat juga keperluan dan harganya. Seperti yang kita sedia maklum, dalam keadaan sekarang, perbelanjaan keluarga harus diatur dengan baik. Insya Allah, ada rezeki kami beraya dengan seadanya. Janji anak-anak gembira.”


Berbeza dengan Rahayu, 38, Kakitangan Kerajaan, “Saya sudah rancang dengan suami untuk membeli secara online sahaja. Tapi tidaklah berlebihan. Cukuplah sepasang seorang untuk dipakai ketika Raya pertama nanti. Dapat bergambar sedondon sekeluarga pun memadailah. Manalah tahu, selepas itu PKP ditamatkan dan kerajaan membenarkan rakyat Malaysia keluar beraya, sudah adalah baju Raya untuk kami nanti.”




Be sure to spend time with your parents while you can, because one day when you look up form your busy life, they won’t be there anymore! SEARCH #parcacommy Zaleha top & bottom Saleema top & bottom #parcaraya2020 #raya2020 #lebaran2020 #hariraya #socialdistancing #nearbutfar #yellow #bajukurungmodern #bajukedahmoden #bajukedah #comfortablefashion

A post shared by PARÇA (@parcacommy) on





Membeli Sambil Membantu Pengusaha Tempatan

Bagi penulis, jika ada wang lebih tidak salah untuk membeli baju Raya baru bagi meraikan hari kemenangan kita nanti. Cumanya, jangan berlebihan dan membazir sehingga berpasang-pasang dan terlupa pula mahu dipakai. Membeli jangan mengikut nafsu ya. Seadanya dan jangan sesekali sampai terlepas daripada bajet keperluan keluarga. Dalam keadaan sekarang ini, kita perlu utamakan keperluaan asas yang lebih penting.


Berniatlah membeli untuk sambil membantu usahawan kita yang mungkin turut dalam keperitan menghabiskan stok yang sudah mereka siapkan sebelum PKP lagi. Kita sedar, ramai peniaga yang terbeban dek pandemik ini kerana jualan tidak mampu dilangsungkan sederas seperti tahun sebelumnya. Jadi, terdapat banyak lebihan stok yang masih tertangguh dan tidak mampu digerakkan sepenuhnya lagi.


Diharapkan, semua daripada kita dipermudahkan urusan, sama ada dalam mencari rezeki juga pekerjaan seharian. Semoga Ramadan yang mula ini memberikan sejuta rahmat kepada kita semua dan dapat kita lawan wabak Corona yang sedang menggila ini. Kalau pun tidak dapat bersama di pagi Raya, diharapkan ada sinar walau pada minggu raya berikutnya. Biar lambat, asalkan semua kita selamat.




From bright pastels to elegant embroidery, we got you covered with a fabulous array of Raya pieces you never knew needed from @lubna.official. Which one is your favourite look? Don’t forget to tag your other half on your favourite looks.

A post shared by ZALORA Malaysia (@zaloramy) on

#Fesyen #Baju Raya #Lebaran 2020
;