Oleh: Afiza Kamarulzaman

Sejak diperkenalkan pada 2005, Kiehl’s Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate menjadi serum paling diburu wanita yang dahagakan kesempurnaan wajah awet muda. Ia laris di pasaran dunia dengan lebih satu botol terjual dalam masa satu minit!

Inilah serum antipenuaan paling berkesan yang dapat dilihat perbezaannya dengan serta-merta. Itu adalah gambaran menerusi formula asal, dan kini Kiehl’s menambah baik formula sedia ada menerusi usaha kajian lebih 10 bulan dan selepas mencuba 89 variasi perbezaan formula, akhirnya Kiehl’s berjaya mencipta formula yang lebih sempurna walau formula asal sudah cukup mengagumkan.

PENAMBAHAN 12.5% VITAMIN C

Vitamin C agak sukar distabilkan dengan formula lain, namun Kiehl’s berusaha keras untuk meningkatkan ketahanan Vitamin C ini di dalam formula baru agar kebaikannya dapat dinikmati secara maksimum oleh kulit.

Kiehl’s menambah 12.5% Vitamin C ke dalam formula baru ini. Sebanyak 10.5% Pure Vitamin C (L- Ascorbic Acid) digunakan untuk membantu menyamarkan kejelasan garis halus dan kedutan sambil kecerahan dan tekstur kulit ditingkatkan.

Ditambah dengan 2% Vitamin Cg (Ascorbyl Glucoside) yang diaktifkan apabila ia meresap ke lapisan atas kulit untuk memadamkan kemunculan kedutan.

TEMAN BARU, ASID HIALURONIK

Berita baik lagi, Powerful-Strength Line- Reducing Concentrate turut dihebatkan lagi dengan penambahan Asid Hialuronik yang membantu mengurangkan garis wajah dan menghaluskan tekstur kulit.

Asid Hialuronik diketahui kemampuannya untuk menahan sehingga 1,000 kali keberatannya di dalam air. Ia umpama span yang menampung lembapan ke permukaan kulit dan menyerakkannya untuk diserap ke liang pori. Dengannya, kulit tidak akan kehausan lembapan sepanjang hari.

HASIL KLINIKAL; TINDAK BALAS DAN KEBERKESANAN

TINDAK BALAS SERTA-MERTA:

• Meningkatkan tekstur kulit

• Meningkatkan keserian

• Mengurangkan kejelasan garis usia

TINDAK BALAS SELEPAS DUA MINGGU:

• Mengurangkan garis kedutan

TINDAK BALAS SELEPAS EMPAT MINGGU:

• Mengurangkan kedutan wajah

• Mengurangkan kedalaman kedutan keseluruhan wajah.