Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ajak SELFIE dan Google Mengenai Dirinya, Bikin Sherry “TURN OFF” Ketika “First Date” – Bukan Nak Beri Jawapan Klise, Tapi Itulah…

Huda Hussain
22/01/2020 10:02 MYT
Cantik, berkerjaya malah boleh dikatakan dia punya pakej lengkap untuk disunting sebagai isteri. Tetapi walau sejauh mana Sherry pergi, walau setinggi mana pencapaiannya dalam karier lakonan dan perniagaan; hatinya masih kosong, sunyi. Dan ruang itu sedia diisi oleh penghuni yang benar-benar layak bergelar suami.


Kredit Foto: IG Sherry Ibrahim


Namun hingga kini masih belum ketemu suri hatinya lagi. Menerusi topik Gamophobia yang diketengahkan dalam rancangan Currhat Isnin lalu, Sherry Ibrahim sebagai tetamu jemputan berkongsi pandangan dan serba sedikit pengalaman peribadinya sebelum ini.


Menyorot kembali mengenai kisah-kisah cinta Sherry terdahulu, tidak banyak yang mencetus kontroversi atau mengundang kecaman berbisa. Pernah punya pengalaman bercinta sesama rakan selebriti, namun hubungan itu terlerai dek kerana tiada jodoh. Ya, kuasa jodoh bukanlah dalam kawalan kita. Dan jodoh juga tidak datang bergolek andai kita tidak berusaha mencarinya.


Bagi Sherry dia tidaklah terlalu terdesak mahu menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat. Malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk takut berkahwin. Hanya soal masa dan dia berlapang dada menyerahkannya kepada ketentuan Ilahi.


Kredit Foto: IG Sherry Ibrahim

Nak Kahwin, Nak Merasa Ada Anak, Tapi…
Ujarnya, bukan mahu memberi jawapan klise tetapi itulah satu-satunya jawapan yang mampu diberi ketika ini. Dan bukan juga kerana takut untuk berkahwin kerana sememangnya itulah keinginannya. Mahu berkahwin, mahu punya anak tetapi hakikatnya itulah dia. Belum sampai jodoh, belum bertemu jodoh. Mengakui, dia juga ada berkawan dengan jejaka lain namun demikian apabila tiba suatu masa ia seakan-akan tidak menjadi. Lantas hubungan itu berlalu begitu sahaja.


Ada ‘Benda’ yang Buat Sherry Turn Off
Sukar bagi Sherry untuk cuba menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya usai putus cinta. Banyak faktor berbangkit yang perlu difikirkannya. Misalnya soal kepercayaan dan pelbagai ragam manusia khususnya mereka yang bergelumang dalam industri sama. Tidak keterlaluan juga, ada saja perkara-perkara yang membuatkannya enggan meneruskan hubungan itu ke peringkat seterusnya.


Kredit Foto: IG Sherry Ibrahim


Masakan tidak, ada yang baru jumpa kali pertama sudah ajak selfie. Ada juga yang Google mengenai latar belakang dirinya. Lantas, isu-isu kecil seperti ini mencetuskan perasaan kurang senang. Secara tidak langsung juga membuatkan Sherry meragui sejauh mana keikhlasan seorang lelaki untuk cuba mendekatinya.


Bila Hati Sudah Sayang…
Pernah juga berlaku dalam kisah cintanya apabila sepenuh jiwa dan raga diberi, si jejaka pula seakan tidak lagi menunjukkan kesungguhan untuk langkah seterusnya. Ujar Sherry, “Masalahnya, bila Sherry dah mula suka seseorang, Sherry akan jaga dia” hinggakan si dia akhirnya mengambil kesempatan dan hubungan itu terhenti di situ saja.


Kredit Foto: IG Sherry Ibrahim

Atau Adakah Kerana Sherry Terlalu Memilih?
Sejujurnya, usahawan muda ini tidak melihat dan meletakkan soal kekayaan, berharta dan seumpama dengannya sebagai syarat mutlak dalam sesuatu perhubungan. Dia sendiri mengakui tidak pula memandang soal material, adakah si dia anak kepada seseorang yang berkepentingan dan sebagainya. Sebaliknya keserasian yang menjadi kunci utama untuk mewujudkan persefahaman sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Kredit Foto: IG Sherry Ibrahim

Harapan Sherry
Biarpun masih belum berkahwin, bagi Sherry ia bukanlah satu perkara yang memalukan kerana dia selesa menjalani kehidupan ketika ini. Punya perniagaan sendiri, dikelilingi insan tersayang, punya support system yang sentiasa ada disisi; ia memadai. Namun jauh dilubuk sanubari, dia masih mengharap dan berdoa agar dipertemukan jodohnya suatu hari nanti. Dan selebihnya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan ketetapan terbaik buat pelengkap dirinya.
#Sherry Ibrahim #Currhat
;