Highlights
Ajar Anak BERSAHABAT Sejak Kecil — Dah Besar Mereka Tak Salah Pilih Kawan & Tahu Berdikari
Umum mengetahui hubungan akrab Ozlynn dan Fasha Sandha yang telah lama terjalin. Dan lebih manis apabila ikatan persahabatan itu berterusan sementelahan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Putri Raysha Jemyma.
Kredit Foto: IG Fasha Sandha
Kenal Dari Dalam Perut!
Mengimbas kembali posting yang dimuat naik 7 November lalu, Ozlyn ada menitipkan ucapan istimewa buat Jemyma yang meraikan hari lahirnya terlebih dahulu.
Dan ucapan itu menjentik emosi Fasha yang menyifatkan hubungan sesama anak mereka cukup erat dan istimewa. Masakan tidak, ada foto yang memaparkan kedua-dua selebriti ini ketika masing-masing sarat hamil. Alahai…sweetnya!
Kredit Foto: IG Fasha Sandha
Apabila ada masa terluang, mereka akan berjumpa dan berkumpul bersama. Malah tidak kurang ada yang berkata wajah dua permata hati ini seakan seiras persis kembar. Mungkin juga kerana tarikh lahir mereka tidak terlalu jauh dan keakraban itu semakin terserlah eratnya.
Kredit Foto: IG Fasha Sandha
Apa Kelebihan Berkawan Sejak Kecil?
- Meningkatkan Kemahiran Bersosial Anak
Selain itu secara tidak langsung barulah ibu bapa tahu karakter atau sisi lain anak kita apabila bergaul dengan rakan-rakannya. Percayalah, pasti ibu ayah teruja dan seronok melihat gelagat anak-anak.
Kredit Foto: Google
- Lebih Hargai Nilai Persahabatan
Mereka akan lebih menghargai dan tahu nilai persahabatan yang telah terjalin sejak awal lagi. Maka dengan itu, tiada unsur tikam belakang atau kawan makan kawan.
Bahkan ikatan yang wujud ini akan membuatkan mereka lebih menghargai keberadaan diri masing-masing dan memahami peranan diri. Misalnya andai seorang daripada mereka dirundung masalah, maka yang seorang lagi akan bertindak sebagai sistem sokongan yang menjadi pendengar setia atau mungkin juga boleh jadi penyelesai masalah. Siapa tahu kan?
Kredit Foto: Google
- Rapat dan Akrab Bagai Keluarga Sendiri
Tidak akan ada perasaan hasad dengki, iri hati atau cemburu yang tiada asas. Hal ini kerana perihal ‘luaran’ dan ‘dalaman’ diri masing-masing sudah mula dikenali.
Malah tiada istilah mahu cover line atau cuba menjadi orang lain. Dan boleh disimpulkan, apabila ikatan yang erat ini telah terjalin, ia bagaikan hubungan sesama adik-beradik yang jauh dari unsur mementingkan diri sendiri, ‘berkira’ dan sebagainya. Kan best macam tu!
Kredit Foto: Google
- Melihat Mereka Membesar, Puas Rasanya!
Kredit Foto: Google
Berkongsi minat atau hobi yang sama, sentiasa ada apabila diperlukan, berkongsi suka dan duka, mesti seronok kan? Hanya yang pernah punya pengalaman yang sama sahaja akan bisa memahaminya. Dan pastinya si ibu berasa puas apabila berpeluang melihat anak-anak membesar di hadapan mata.
Kredit Foto: Google
Bersama-samalah kita mendoakan moga segala usaha dan inisiatif kita mengajar anak-anak kecil kita bersahabat akan berpanjangan. Dan paling penting tali silaturahim itu sentiasa berterusan hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.