Highlights
Akan Wujudkah Kluster Restoran? Kalau Was-Was; Lebih Baik Masak, Bungkus Atau Gunakan Perkhidmatan E-Hailing.
Masih ingat dengan contoh yang diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai banyaknya kerja Pak Salleh kalau mahu buka semula restoran? Ya, apabila mendengar penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tergambar dalam fikiran betapa ketatnya SOP yang perlu diambil kira. Menurutnya, antara langkah-langkah SOP yang Pak Salleh perlu lakukan adalah seperti berikut:
- Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ. Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan.
Kredit Foto: Google
- Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.
- Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan. Beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.
- Beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Pak Salleh pun kena pakai face mask.
Kredit Foto: Google
- Pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.
- Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelangganpelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.
Selain banyaknya kerja Pak Salleh, kita sebagai pengguna dan pembeli harus cakna dalam soal ini. Tanggungjawab dan sikap untuk mematuhi segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan wajib diikuti. Hal ini kerana bagi mengelakkan gelombang ketiga dan peningkatan kes positif dan angka kematian kembali meningkat. Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, seorang Pegawai Perubatan Kanak-Kanak dari Hospital Muar di laman Facebooknya, ada kecenderungan tinggi kes kluster restoran berlaku jika SOP tidak dipatuhi sepenuhnya. Bahkan ujarnya, rupa-rupanya Covid-19 boleh tersebar lebih jauh di dalam restoran.
Kredit Foto: Google
Mari kita ambil iktibar. Satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China telah menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran Covid-19 lebih jauh dari yang disangka.
Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang dijangkiti Covid-19 telah duduk di meja A. Beliau tidak menunjukkan sebarang gejala dan telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.
Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja C ke meja A dan kemudiannya sampai ke meja B.
Lagi teruk, pelanggan perlu membuka topeng muka semasa makan dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisiko untuk berlaku penyebaran virus. Kejadian kluster ini menunjukkan:
- Kepentingan pengudaraan dalam restoran
- Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kepada restoran
- Risiko meningkat bila kita makan di dalam restoran yang berhawa dingin.
Pilihan yang kita ada:
- Pilihlah untuk bawa pulang makanan
- Guna perkhidmatan e-hailing
- Masak sendiri di rumah.
Sumber:
1) Lu J, Gu J, Li K, Xu C, Su W, Lai Z, et al. COVID-19 outbreak associated with air conditioning in restaurant, Guangzhou, China, 2020. Emerg Infect Dis. 2020 Jul
2) Public Health Malaysia
Oleh yang demikian, kita tidak perlu tergesa-gesa dan berpusu-pusu memenuhi restoran yang dibuka semula. Keselamatan adalah jauh lebih penting daripada memuaskan keinginan untuk makan di luar yang sudah sebulan lebih kita tinggalkan.