Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Akhir Zaman – MALU Tolak Tepi. Janji BERANI. Tapi Bukan Semua Perkara Sifat Malu Harus Dibuang!

Huda Hussain 14/06/2020 | 13:03 MYT
Ledakan media sosial dan peralihan dunia yang lebih terbuka kini tidak dapat dinafikan memberi banyak kelebihan jika dimanfaatkan dengan sebaiknya. Banyak ilmu pengetahuan dapat diakses dengan cara yang lebih pantas dan mudah. Hanya di hujung jari. Tetapi SOP nya tetap berbalik kepada kawalan kendiri bagaimana kita mahu menapis kandungan yang sesuai dan sebaliknya, semua berbalik kepada rasional setiap individu yang waras fikirannya.
Namun dalam pergerakan dunia tanpa sempadan ini sebenarnya banyak membuka ruang yang semakin menghakis jati diri dan nilai ketimuran yang menjadi nadi masyarakat kita suatu masa dahulu. Antara nilai yang paling ketara adalah sifat malu. “Alah, apa nak malu. Semua orang buatlah sekarang. Barulah trending”. Mungkin kita pernah terdengar kenyataan sebegini. Tentang bagaimana kuasa pengaruh seseorang untuk meracuni seseorang berbuat perkara yang melalaikan, melakukan maksiat dan perkara-perkara negatif yang lain. Hinggakan sudahnya si gadis yang dahulunya terkenal dengan sifat malu, sopan dan tertib sudah tiada lagi pegangan. Semuanya ‘ditelanjangkan’ demi mengikut peredaran zaman dan nafsu. Allahu… Inilah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Media Sosial
Apabila berbicara mengenai media sosial, pasti kita akan janggal mendengar andainya seseorang berkata begini, “Aku tak ada Fb, aku tak ada IG”. Hairan? Mungkin ya kerana aktiviti paling popular dalam kalangan pengguna internet adalah menyertai rangkaian sosial (97.1%) menurut data yang diperoleh daripada Ketua Perangkaan, Dr Mohd Uzir Mahidin. Menurutnya lagi peratus penggunaan internet di Malaysia turut meningkat kepada 84.2% pada 2019.
Sudah terbukti kuasa dan pengaruh internet serta media sosial semakin memonopoli ledakan digital khususnya dalam masyarakat hari ini. Daripada kisah kejayaan, kontroversi, gosip hangat, makanan viral, masa kapa tak jadi hari ini, kecantikan, fesyen, gaya hidup dan lain-lain semua kandungan ini dapat diakses dengan mudah. Jika ia digunakan untuk memberi inspirasi, semangat, perkongsian dan manfaat sudah pastilah ia memberi kebaikan.
Kredit Foto: Google
Tetapi yang tidak molek ditonton adalah apabila kandungan yang dipaparkan itu seolah-olah membuka sisi lain seseorang. Seakan tiada segan silu dan tiada rasa malu untuk berkongsi lantas dijadikan tontonan umum. Dan perihal ini bukan asing berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Bukan tertumpu kepada anak muda sahaja tetapi hampir segenap lapisan masyarakat. Secara tidak langsung ia membuatkan kita tertanya-tanya, “Tak malukah mereka buat macam ini?”
Mana Perginya Sifat Malu Kita?
Jika semuanya dipamerkan di media sosial, apa lagi yang tinggal untuk simpanan kita? Seandainya ia adalah perkongsian yang memanfaatkan, tidak mengapa. Tetapi yang terkinja-kinja menari mengikut irama lagu TikTok, walaupun berhijab itu bagaimana pula? Tidak dapat dipastikan apakah tujuan asalnya sama ada untuk meraih likes, mahu tular hingga dikenali dan sebagainya.
Apabila ditegur secara baik dikatanya kolot, tidak peka dengan perubahan zaman, tak cool dan sebagainya. Tetapi kita yang melihatnya pula berasa malu. Benar, anda seorang sahaja yang berada di dalam bilik bertemankan telefon bimbit yang merakam aksi pelbagai tarian itu. Tetapi mata yang melihatnya? Alahai… Manalah perginya sifat malu itu?
Kredit Foto: Google
Malu Adalah Kunci Kebaikan
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Al-ADAB, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ malu itu hanya mendatangkan kebaikan”. Malu adalah asas yang kuat untuk membentuk iman yang utuh. Allah SWT mengkhususkan sifat malu ini kepada manusia agar mereka terhindar daripada keburukan dan kehinaan, agar mereka tidak sama seperti binatang yang menerkam segala yang diingininya tanpa rasa malu.
Sifat Malu
  1. Malu Jibiliyyun, iaitu malu yang bersifat semula jadi. Contoh malu yang bersifat fitrah ini ialah malu untuk telanjang. (Nabi Adam dan Siti Hawa AS pada awal lagi mereka malu untuk mendedahkan aurat masing-masing lantas apabila terdedah cepat-cepat mereka tutup dengan daun anggota tertentu.)
  1. Malu Kasabiyyun, iaitu malu yang diusahakan. Pada asalnya malu bukanlah bersifat diusahakan namun untuk menyempurnakannya ia boleh diusahakan. Contohnya hasil usaha dan kajian yang membentuk sifat makrifatullah, iaitu menjadikan seseorang itu malu kerana takut akan keesaan Allah SWT. Malu imani ini dapat mencegah seseorang itu daripada membuat dosa.
Kredit Foto: Google
Kebaikan Sifat Malu
Keburukan Sifat Malu
Sumber: http://5784731.blogspot.com/2009/04/konsep-malu-dalam-islam
Kredit Foto: Google
Justeru itu, janganlah sampai hilang rasa malu dalam diri kita semata-mata untuk kelihatan berani di mata manusia. Biarlah sifat malu dan berani ini diletakkan pada tempat dan situasi yang betul tanpa menggadaikan maruah dan harga diri kita. Jangan pula kerana mahu disanjung, mahu diangkat, dipuji-puja lantas sifat malu itu terhakis sebegitu sahaja. Beringatlah, selagi adanya sifat ini sebagai perisai dan pendinding diri, pasti akan melindungi diri kita daripada berbuat perkara yang mengundang maksiat, kejahatan dan sebagainya.
#wanita #Akhir Zaman #Sifat Malu
;