Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Rata-rata peminat tersentuh dengan ketabahan Bella Astillah yang sanggup memaafkan Aliff dan memberi peluang kedua buat suaminya itu. Setiap kehidupan rumahtanggga pasti ada gelora dan ributnya. Namun yang paling penting, suami serta isteri haruslah pandai mengendalikan masalah dengan bijak. Seperti peristiwa yang baru menimpa pasangan muda ini, Aliff Aziz dan isterinya Bella.

Sewaktu si isteri sedang dalam tempoh berpantang, timbul pula kisah sensasi si suami dilihat bersama wanita lain. Kejadian itu berakhir dengan baik apabila Bella akhirnya membuat kenyataan terbuka memaafkan Aliff dan Aliff pula mengakui kesilapannya, malah berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik buat si isteri.

Doa Istimewa Bella Khas Buat Suaminya, Aliff Aziz

Happy 1st Anniversary ❤️ Dalam setiap alam perkahwinan kita pasti akan merasai kepahitan. Susah, senang, kebahagian, kedukaan pasti akan singgah dalam kehidupan kita. Sama ada kita redha atau sebaliknya. . Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid. . . Dan saya sebagai isteri, akan saya jaga tingkah laku dan maruah saya sebagai seorang wanita dan juga isteri. Jika kita ingin dihormati, cerminlah diri kita dan lihat diri kita. Wanita harus menjaga maruah dan lebih mahal (maksud saya sukar didekati, sopan santun dan baik budi bahasa☺️???) . . . Semua orang diduga ketika bercinta, bertunang dan berkahwin. Kalau ada yang berkata perkahwinan mereka bahagia sempurna tanpa cacat cela maka alhamdulillah buat mereka.. tetapi jika ada yang diuji kuatkan lah diri demi orang tersayang terutamanya keluarga. . . When someone cheats on you, your mind and emotions scream at you to hate, punish and never forgive. It's hard to let go of those feelings. Nonetheless, forgiving someone for cheating will actually benefit the faithful person more than the cheater. The anger we feel after infidelity is like a poison that lives in us. . . Pertahankanlah perkara yang sudah halal dan milik kita. Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain, akan berbalik pada diri kita. Entah yang menerima balasan ialah dirinya, atau anaknya, cucunya, atau kalau tidak terbalas, maka pembalasan tidak terampun akan terjadi di alam seterusnya.. wallahulam. . . Jangan kita sanggup melakukan apa sahaja demi terlepas salah kita di mata dunia kerana Allah s.w.t maha berkuasa. INGAT bahawasanya, Allah s.w.t melihat dan mendengar segalanya. . Saya harap awak lebih matang suamiku @aliffaziz91 , sama2 lah kita jaga 'masjid yang di bina' biarpun ada yang ingin mengoyahkan. Lakukan perkara2 yang baik dan dekatkan lah diri dengan Allah s.w.t inshaAllah akan dilindungi-Nya. Amiin yra.. . #sharinggoodvibes #luahanhatiseorangwanitadanisteri #MutiaraHati?

A post shared by Bella Astillah (@bellaastillah) on

Ayuh lihat sekitar ulang tahun pertama perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

Kredit foto: Instagram @aliffaziz91

5 Amalan Anda Mesti Buat Untuk Kukuhkan Hubungan Suami Isteri:

AMALAN 1

Berikut adalah doa kebahagiaan rumahtangga untuk meningkatkan rasa kasih sayang antara suami isteri yang boleh anda amalkan:

“Wa’alqaitu alaika mahabbatamminnii walitushna’a alaa ainii.”

Ertinya: “Dan aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku.” (Thaha: 39)

AMALAN 2

Ini pula doa kebahagiaan rumahtangga agar terbebas daripada niat jahat manusia:

“Man’jaa’a bil hasanati falahuu khoirumminha wa man’jaa’a bissay’aatii fala yuj’zaallaziina ‘amilussayi’aati illa maa kaanu ya’malun.”

Ertinya: “Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik dari padanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Qasas: 84)

AMALAN 3

Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

AMALAN 4

Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

AMALAN 5

Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

AMALAN 6

Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

Sumber: http://quantumbioenergi.com/ & Tips Kebahagian rumahtangga daripada Dr Fadzilah Kamsah