gaya hidup

Alisa Aisyah, Jebat Jayden, Ardy Wira, Syeriv Samheizy Dan Ayden Adrean – Siapa Pilihan Si Cilik Meletop AME2020?

gempak
Huda Hussain
17/12/2020
15:05 MYT
Sponsor Banner
Alisa Aisyah, Jebat Jayden, Ardy Wira, Syeriv Samheizy Dan Ayden Adrean – Siapa Pilihan Si Cilik Meletop AME2020?
Anugerah Meletop Era (AME 2020) bakal mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Jika tahun-tahun sebelumnya, ia diadakan setiap bulan April saban tahun, namun dek kerana pandemik Covid-19, majlis penganugerahan ini terpaksa ditunda dan bakal disiarkan secara langsung Ahad ini jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Selain itu, ini juga adalah kali pertama AME dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse berbanding tahun-tahun sebelumnya tanpa Neelofa yang mengumumkan pengundurannya hujung tahun lalu.
Si Cilik Meletop Mengulas mengenai kategori Si Cilik Meletop, ia julung kali diperkenalkan dalam penganjuran AME 2017. Mempertaruhkan anak-anak selebriti, Yusuf Iskandar anak sulung pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berjaya memenangi kategori ini ketika kali pertama ia diperkenalkan. Siapa boleh lupa gelagatnya apabila plag berbentuk kotak itu diberikan padanya. Bagaikan memahami itu miliknya, dia seakan-akan tidak mahu melepaskannya.
Kredit Foto: IG The Alisa Aisyah
Bagi AME2020, senarai akhir barisan calon pemenang Si Cilik Meletop terdiri daripada Alisa Aisyah (anak Hairul Azreen dan Hanis Zalikha), Ardy Wira (anak Betty Rahmad dan Ardy Damis), Jebat Jayden (anak Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Ayden Adrean (anak Aliff Aziz dan Bella Astillah) dan Syeriv Samheizy (anak Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin)
Kredit Foto: IG ArdyWira_
Walaupun baru berusia sekitar setahun dan dua tahun lebih, jutaan dan ribuan pengikut yang ‘follow’ mereka terutamanya di Instagram. Bahkan di Instagram menjadi paparan dan tontonan segala aktiviti yang dirakamkan ibu bapa masing-masing.
Kredit Foto: IG NoorNabila
Dari sisi lain, kategori ini memperlihatkan ‘kuasa’ dan ‘pengaruh’ anak-anak selebriti memberi impak besar kepada pengikut masing-masing di media sosial. Apa jua kandungan yang dimuat naik, mudah saja ‘likes’ dan ‘views’ diperoleh hingga puluhan ribu dan jutaan angkanya. Itulah tuah dan rezeki anak. Kecil-kecil lagi sudah ada anugerah khas buat mereka. Tetapi yang penting, apabila melihat aksi dan telatah mereka, kita pun turut terhibur sama kan? Bagaikan hilang seketika segala tekanan dan kekusutan yang melanda. Moga anak-anak ini terus diasuh dengan didikan sempurna oleh kedua ibu bapa.
Fesyen Meletop AME2020 bagi kategori Fesyen Meletop membariskan senarai finalis yang tidak kurang hebatnya. Alif Satar bakal berentap bersama rakan-rakan artis lain seperti Syafiq Kyle, Mira Filzah, Fazura dan bintang alumni Gegar Vaganza 6, Sham Visa.
Kredit Foto: IG Meletop
Melihat calon pemenang kategori ini, dapat disimpulkan ia bagaikan mewakili kelompok pengikut dan peminat tersendiri. Baik senior mahupun mereka yang kian membina nama dalam industri, semuanya punya potensi. Aspek ketrampilan diri sama ada di alam maya mahupun ketika menghadiri acara formal, ataupun cita rasa peribadi; terbukti mereka punya gaya yang menjadi ikutan pengikut masing-masing.
Mengulas mengenai cara mereka memperagakan pakaian ataupun penampilan masing-masing; aspek pembawaan diri amat penting. Bukan menjadi mangsa fesyen tetapi mereka bisa menjadi trend setter dalam sesuatu gaya yang ditampilkan. Bahkan, bagaimana mereka berani bereksperimen dengan fesyen selain kemampuan untuk ‘carry the look’ juga menjadi taruhan.
Kredit Foto: IG Alif Satar
Bagi calon lelaki seperti Alif Satar, Syafiq Kyle dan Sham Visa masing-masing punya stail dan ‘grooming’ yang berbeza. Tetapi aspek kekemasan tetap menjadi keutamaan. Jarang sekali kita lihat mereka hentam saja pakai apa yang ada dalam gerobok masing-masing. Sekurang-kurangnya dengan status selebriti, mereka menyedari kepentingan dan keperluan untuk dilihat berpenampilan menarik, kemas, bersih dan sesuai dengan lokasi yang dituju.
Kredit Foto: IG Miss Fazura
Begitu juga bagi calon wanita dalam kategori ini iaitu Fazura dan Mira Filzah. Masing-masing punya peminat yang sedia menyokong dibelakang mereka. Dan melihatkan cara mereka berpakaian khususnya jika tidak terikat dengan jadual kerja cukup kasual dan selesa selain tidak terlalu menonjol. Umpamanya, kalau memakai denim dan t shirt pun dah nampak cantik. Malah apabila tampil di karpet merah, fesyen yang digayakan mereka juga sering mencuri tumpuan. Kekal sopan dan masih ‘in trend’.
Kredit Foto: IG Mira Filzah
Mungkin juga jika tiada penata gaya atau tidak menyarung busana rekaan pereka fesyen, barisan calon pemenang kategori ini bisa berdiri atas kemampuan, pilihan dan cita rasa fesyen masing-masing. Kerana semuanya sudah berpengalaman dan tahu apa yang sesuai atau tidak dalam menyarung sesuatu helaian. Semoga mereka terus menjadi ikutan dan sumber inspirasi dalam penggayaan fesyen buat peminat masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live