Allahu… Baru Sejam Lahir, Bayi 24 Minggu Jadi Korban Termuda Covid-19. Ibu Hamil, Amati Pesanan Doktor Ini.
Huda Hussain
26/07/2021 06:01 MYT
26/07/2021 06:01 MYT
Saban hari ada sahaja kes kematian yang melibatkan bayi. Sama ada yang terpaksa dilahirkan kerana ibu positif Covid-19 (bayi pramatang) ataupun yang baru saja lahir melihat dunia. Tidak kurang juga banyak kes yang merekodkan kematian ibu sarat hamil juga ibu yang baru sahaja melahirkan bayi menjadi korban Covid-19.
Jika sebelum ini kita digemparkan dengan kes kematian bayi berusia 38minggu meninggal dunia akibat pandemik, baru-baru ini khabar lebih duka menghiris hati diterima. Berdasarkan perkongsian Dr Ahmad Samhan, dahulunya Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur yang aktif berkongsi kisah kehidupan masyarakat, perubatan dan isu-isu semasa menitipkan muat naik ini. Tulisnya:
Baru sejam melihat dunia. Bayi yang baru berusia 24 minggu hanya mampu bertahan sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat covid. Sayunya hati.
Anak kecil ini menjadi antara korban termuda sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Ibunya masih dirawat di HTAR kerana positif covid-19 manakala lima anak mereka masih lagi dikuarantin di rumah.
Jenazah anak Nur Firdaus diuruskan dan dikebumikan oleh sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di Tanah Perkuburan Selat Klang di Sungai Sireh dekat Klang.
Sama-sama kita doakan supaya keluarganya tabah, diberi ganti yang lebih baik dan bayi tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Pesan saya, ibu hamil jagalah kesihatan dan jangan benarkan sesiapa pun datang melawat di rumah. Jika perlu keluar bekerja, pastikan pakai pelitup muka berganda, kerap basuh tangan dan jaga penjarakkan sosial demi mengelakkan ibu dan anak dalam kandungan dari dijangkiti covid.
Benar, ajal dan maut bukan dalam genggaman kita. Waima cepat atau lewat, semuanya telah tertulis oleh-Nya. Tetapi melihat kepada corak peningkatan kes Covid-19 lebih-lebih lagi dengan penyebaran varian Delta, pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan sebagai ikhtiar untuk mencegah dan mengurangkan risiko daripada dijangkiti dengan izinNya. Moga apa yang kita telah amalkan, pengambilan vaksin dan kekal berada dirumah misalnya mampu membantu bagi mencegah daripada dijangkiti virus berbahaya ini.

Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan

Kredit Foto: Google