gaya hidup

Allahu… Bengkak Otak Anak Akibat Jangkitan Asbab Ibu Bapa Tolak Rawatan Hospital, Hanya Beri Air Penawar.

gempak
Huda Hussain
28/10/2021
15:38 MYT
Sponsor Banner
Allahu… Bengkak Otak Anak Akibat Jangkitan Asbab Ibu Bapa Tolak Rawatan Hospital, Hanya Beri Air Penawar.
Lumrah anak kalau sakit, mestilah ibu bapa takkan senang duduk. Tidur tak lena, hati dilanda gundah gulana. Serba serbi tak kena memikirkan anak-anak. Seberapa segera dibawa ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan dan konsultasi daripada doktor. Sebabnya, mahu anak sembuh dan sihat semula seperti biasa. Biarlah aktif melompat, berlari ke sana sini asalkan anak sihat.
Ya, itu yang kebanyakan daripada kita fikirkan. Tetapi malangnya apa yang dikongsikan Dr Hana Hadzrami ini cukup merentap jiwa. Tulisnya di Facebook dan wajar dijadikan iktibar buat semua ibu bapa. Bahawa sesungguhnya naluri kita ada keterbatasannya. Bacalah dan jadikan pengajaran untuk panduan kita di hari muka.
Kawan saya hampir nak marah sepasang ibu bapa kepada seorang pesakit kami. Rasa sangat geram tapi dia cuma mampu menjerit dalam hati. Sebabnya pesakit remaja tersebut telah bengkak otaknya akibat jangkitan, dan ibu bapa telah menolak rawatan hospital dan hanya berikan air penawar.
Kredit Foto: Google
Anak tersebut dah demam dan sawan dua minggu di rumah, serta terlantar tak sedarkan diri 10 hari tanpa menerima sebarang rawatan. Beliau terpaksa akur dengan keputusan ibubapanya yang kurang bijak. Pelik sungguh pemikiran sebegini masih wujud di bandar moden. Bukannya diceruk kampung. Benar ibubapa lah yang paling tahu tentang anak mereka. Tidak dinafikan naluri keibubapaan itu. Namun ibubapa tiada mata x-ray atau sentuhan kasyaf untuk mengetahui apakah penyakit yang dihidapi anak kita. Kita cuma boleh tahu yang anak kita sihat atau sakit saja.
Dulu waktu saya muda, anak saya yang berusia setahun telah mengalami masalah pernafasan. Setelah rawatan dari klinik tak berjaya, saya bawa dia ke bahagian kecemasan sebuah hospital. Dia di diagnos sebagai bronchiolitis dan diberi ubat makan. Namun semputnya langsung tak berkurang.
Kredit Foto: Google
Waktu itu saya sedang menghadiri upacara konvokesyen untuk ijazah perubatan saya. Saya ambil skrol dengan hati risau. Sebaik saja upacara berakhir saya bawa lagi anak saya ke kecemasan hospital lain pula. Dalam masa kurang dari 48 jam saya dah ke ED dua hospital berlainan. Sekali tengok saja doktor kecemasan disitu terus diagnos anak saya sebagai menghidapi croup dan segera dimasukkan ke wad kanak-kanak. Punyalah saya rasa bersalah. Saya sebagai doktor pun tak perasan nafas berbunyi anak saya itu sebagai stridor. Saya tahu dia semput dan tak sihat namun tak tahu ia merupakan masalah yang perlukan rawatan kecemasan. Sampai sekarang saya tak boleh lupa.
Pernah juga anak saya yang berumur 3 bulan menghidapi sawan berikutan demam tinggi dan dimasukkan ke wad. Mulanya doktor kata tak perlu hantar saringan jangkitan, memadai dengan pemerhatian saja. Namun saya minta buat semua saringan untuk mengesan jangkitan; dah alang-alang ambil darah semua.
Kredit Foto: Google
Benar, mereka kemudiannya mengesan kuman gram negatif berbahaya dalam darah dan terus mulakan antibiotik spesifik. Syukur kepada Tuhan diagnosis tepat boleh dibuat dan rawatan spesifik boleh diberikan. Saya ni kalau boleh nak kesan cepat apa penyakit, apa kuman yang menjangkiti pesakit. Lebih-lebih lagi kalau ia adalah ahli keluarga saya. Kalau perlu periksa air tulang belakang pun buatlah. Asalkan tahu apa punca masalah sebenar.
Penyakit, jika kita lambat buat diagnosis; kita takkan tahu betapa besar bahaya dan apakah rawatan tepat yang patut diberikan. Rawatan empirik tak sama efektif dengan rawatan dengan bukti klinikal. Pendek kata; naluri keibubapaan anda ada hadnya. Jika anda seorang doktor pun, anda takkan tahu penyakit dihidapi anak anda tanpa ujian lanjutan dan input doktor dari kepakaran berlainan. Apatah lagi jika anda bukan doktor. Tolonglah dengar nasihat doktor yang merawat anda.
Tentang anak remaja malang tadi, keadaannya amat tenat sekali. Rosak otaknya akibat terlalu lambat mendapat rawatan. Jika dia berjaya hidup, kemungkinan besar akan terlantar dan terencat seumur hidup. Itupun kalau panjang umur.
Sumber: Facebook Hana Hadzrami
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live