gaya hidup
Allahu… Sesak Dada Dan Sakit Kepala Membacanya. Baru Berusia 4 Dan 5 Tahun Tapi Dah...
Penulis terpanggil untuk berkongsi muat naik yang dipaparkan di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) mengenai isu kepentingan pendidikan seksual kepada kanak-kanak. Benar, ia bukan isu baru dan asing dalam kalangan masyarakat kita. Bahkan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga aktivis masyarakat tanpa henti memperjuangkan isu ini. Terlalu banyak punca dan pendedahan yang membuka laluan kepada permasalahan ini terus berlaku. Malah kita juga tidak pernah sunyi mendengar berita mahupun membaca di akhbar dan laman sosial mengenai isu ini. Seolah-olah tiada titik noktahnya. Waima apa yang berlaku, sebagai ibu bapa dan masyarakat semua perlu cakna dalam isu ini.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Susulan pendedahan laman Facebook Baitus Solehah yang membongkar kisah sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang bermain di balik langsir nyata mengundang pelbagai reaksi. Berikut apa yang dipaparkan di laman Facebook PHM.
Ramai terkejut membaca kisah yang dikongsikan di page Baitus Solehah yang ini. Kata mereka, budak umur empat dan lima tahun dah ada nafsu ke untuk buat seks? Sebenarnya yang mendorong kanak-kanak seusia ini untuk berkelakuan demikian bukanlah atas dorongan nafsu, tetapi meniru sahaja apa yang dia pernah tengok.
Usia satu hingga enam tahun, kanak-kanak macam span. Mereka akan 'serap' apa sahaja yang ditengok, didengar, ditonton. Lalu, mereka akan tiru dan anggap ia hanya satu permainan. Berikut disenaraikan antara punca kenapa kanak-kanak berkenaan jadi begini:
1. Pernah tengok video Iucah
2. Pernah tengok mak bapak berjiimak depan mata
3. Ada orang ajar
4. Pernah kena cabul
Kredit Foto: Google
Jika terdedah dengan salah satu sahaja penyebab di atas, rosaklah kognitif/intelek (akal) anak berkenaan, hingga mendorong fizikalnya untuk melakukan seks. Sebab itu organ seksual paling penting dalam tubuh badan manusia ni otak, bukan kemaIuan! Rosak otak, rosaklah perlakuan anak.
Bayangkan otak kanak-kanak yang cepat menyerap itu telah terdedah dengan porn? Bayangkan pula kalau kena cabuI dan jadi mangsa s3x grooming? Bayangkan pula kalau abangnya sendiri yang ajar? Anak pengasuh ajar? Itu belum lagi kes tidur sebilik dengan mak ayah, dan ada yang slumber je bersetubuh depan anak. Anak aku kecil lagi, mana depa faham. Anak aku dah tidur, takkanlah dia nampak.
Ajarlah anak dari kecil mengenali private part yang tak boleh disentuh, dipegang, diraba, diramas, dicium. Mulut, dada, kemaIuan, paha dan punggung. Bukan sahaja lima private part itu, anak juga perlu diajar mengenali sentuhan tak selesa walau sentuhan itu tak menyentuh private part.
Jika sentuhan tak selamat atau sentuhan tak selesa berlaku, ajar anak untuk JERIT, LARI dan MENGADU. Ini asasnya.
Berbalik ke cerita yang Baitus Solehah kongsikan ni, anak lelaki ni dari bayi dah berlaku ereksi pada kemaluan dia (menegang). Namun, tidaklah bermakna hubungan seksual yang dilakukan kanak-kanak berusia lima dan empat tahun itu sampai ejaculate (keluar air mani). Sperma pun belum ada lagi. Testis belum function lagi. Ovari kanak-kanak perempuan tu pun belum boleh produce ovum. Namun perlakuan seksual itu tetap berlaku orgasm (syahwat/klimaks).
Kredit Foto: Google
Kesiankanlah anak-anak kita. Mereka ada hak untuk jadi kanak-kanak yang normal, bukan kanak-kanak yang begini. Kalau anak jadi begini disebabkan kecuaian ibu bapa, maka mak ayah inilah yang patut didakwa di mahkamah! Jangan sampai anak ini ketagih seks, buat pada kawannya yang lain, ajar orang lain pula dan lain-lain maksiat. Takut kita memikirkan. Sekiranya mereka melawan kehendak seksual itu, sedar ianya dosa, maka ini pula akan berlaku :
1. Trauma
2. Depresi
3. Rasa diri tak guna
Bantulah seawal mungkin. Mereka perlu diselamatkan! Kalau kes macam ni, wajib rujuk psikologis atau psikiatris. Kalau report polis pun, bukan salah budak-budak ni. Kecil lagi kot. Anak ni ibarat kain putih. Kitalah yang corakkan mereka. Itu kata Nabi. Jadi kita dah corakkan anak jadi apa selama ni?
Kredit Foto: Google
Sumber: Public Health Malaysia