Ambil Tahu, Usah Keliru. Jangan Bertindak Terburu-Buru, Serbu Pasaraya Macam Awal PKP Dulu!
Huda Hussain
12/10/2020 14:00 MYT
12/10/2020 14:00 MYT
Ramai yang tidak menyangka dan seakan tidak bersedia dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya berkuatkuasa tengah malam 14 Oktober ini hingga 27 Oktober. Ada yang merungut dan mengeluh susulan tempoh pengumuman yang singkat diberi. Tidak kurang juga dalam kalangan ibu bapa ada yang mula pening kepala memikirkan bagaimana mahu uruskan anak-anak yang tidak bersekolah sepanjang tempoh PKPB sementelahan perlu bekerja.
Waima apa jua dilema yang melanda dalam kalangan masyarakat kita, pertamanya usah bertindak melulu. Fahami definisi dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN). Walaupun khabarnya ada yang mula berbaris panjang dan memenuhi pasar raya kerana bimbang tidak boleh keluar membeli barang keperluan, rujuk dan fahami istilah berikut untuk pengetahuan bersama.
Lantaran itu, jadilah masyarakat yang bertimbang rasa dan berhemah serta paling penting tidak panik dengan pengumuman tempoh PKPB ini. Kerana ia dilihat memberi sedikit kelonggaran apabila dibenarkan keluar walaupun terhad untuk dua orang sahaja pada setiap masa selain perubahan waktu operasi misalnya restoran ditetapkan sehingga jam enam petang. Berbanding dengan PKPD dan PKPDB yang lebih ketat syaratnya. Justeru, bagi mengelakkan kawasan Lembah Klang bakal dikenakan PKPD atau PKPDB semua masyarakat harus memainkan peranan. Hanya keluar apabila benar-benar perlu dan jika keluar sekalipun, pastikan SOP dipatuhi.
SOP PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Mengapa Tindakan Drastik PKPB Dilaksanakan Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya?
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media petang semalam, ia diambil susulan situasi pandemik yang berlaku di Sabah dan seluruh Lembah Klang pada waktu ini menyaksikan kadar peningkatan kes harian yang agak mendadak berbanding sebelum ini.
Bagi kawasan Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya) walaupun bilangan kes yang direkodkan setiap hari kurang daripada 100 kes tetapi ia secara konsisten merekodkan kes baru setiap hari. Dan kes-kes ini dilaporkan berselerak di seluruh Lembah Klang serta mula menular di semua daerah kecuali Sabak Bernam.
Kita tidak boleh lagi hanya melihat dan menunggu zon-zon kuning menjadi merah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi apa yang penting adalah untuk kita faham bahawa penilaian risiko sama ada teruk ataupun tidak bergantung kepada sesuatu kawasan. Iaitu bukan hanya berlandaskan kepada bilangan kes positif harian tetapi juga melihat kepada corak penularan jangkitan tersebut di dalam negeri. Jadi sekiranya jangkitan penularan hanya tertumpu kepada satu ataupun dua daerah sahaja, pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) mungkin boleh dilaksanakan.
Bagaimanapun jika penularan jangkitan telah menular ke setiap daerah di dalam negeri tersebut dan terus merekodkan kes-kes terbaru (iaitu berselerak di Selangor dan Lembang Klang) ini bermakna penularan jangkitan ini tidak lagi dapat dibendung dengan berkesan. Kawalan di sempadan untuk daerah-daerah di Selangor dan Kuala Lumpur adalah amat sukar.
Oleh itu, pendekatan terbaik untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan ini adalah dengan melaksanakan PKPB supaya penularan jangkitan rentas daerah atau negeri dapat dikawal dan dibendung dengan lebih berkesan.
Ini adalah tindakan yang lebih proaktif dan berkesan terutamanya dalam memastikan keupayaan kesihatan awam dapat dirancang sebaiknya. Pelaksanaan perintah ini merupakan tindakan pencegahan yang amat penting untuk dilaksanakan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 sebelum ia menular ke seluruh negeri dan negara.
Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

Kredit Foto: Google