Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
gaya hidup

Anak BUAT HAL di Rumah Orang – Perlukah Dihukum Terus Atau Tunggu Balik Rumah Nanti?

Afiza Kamarulzaman 24/03/2021 | 04:10 MYT
Tantrum adalah perkara biasa dalam perkembangan anak-anak. Ia berlaku kepada anak-anak sekitar usia satu ke tiga tahun, bergantung pada diri anak-anak itu. Tantrum berlaku tidak mengira masa dan tempat dan berlaku daripada dorongan beberapa faktor.
Ada anak-anak tantrum kerana kelaparan, letih, tidak selesa atau kemahuannya yang tidak dipenuhi. Ia mungkin lebih rumit apabila anak-anak ‘buat hal’ di rumah orang, pada ketika kita sedang berkunjungan dan bersama tuan rumah.
Faham-fahamlah apabila berada di rumah, banyak etika dan adab perlu dipatuhi. Lain orang lain pula cara mereka melayani tetamu. Rumah mereka, peraturan mereka dan apabila anak kita melanggar peraturan itu, sebagai ibu bapa pastilah kita dipertanggungjawabkan.
Bagaimana Ibu Bapa Dapat Mengelakkan Tantrum?
Kredit Foto: Google
Jadi, Perlukah Anak Dihukum di Rumah Orang?
Sebagai orang dewasa, kita tidak boleh menunjukkan kuasa veto terhadap si kecil walaupun mereka anak kita sendiri. Namun, bukan bermakna kita perlu menurut sahaja kehendak anak-anak sehingga yang salah tetap dilakukan.
Anak-anak memerlukan orang dewasa untuk memberi petunjuk dan jalan yang tepat. Jika tidak mereka akan membesar mengikut ‘kepala’ sendiri dan tidak dapat membezakan yang mana betul dan salah.
Ya, apabila berada di rumah orang, kita perlu menghormati apa saja yang berada di rumah itu. Jika tuan rumah tidak mengizinkan barang rumahnya diusik, tetamu wajib untuk menghormatinya.
Nasihati anak baik-baik di depan tuan rumah juga agar mereka tahu yang kita turut bertegas terhadap larangan itu.
Jika anak-anak masih berkeras dan terus membuat hal, sebaiknya mohon untuk beredar dan pulang sahaja.
Dan, apabila berada di rumah, sekali lagi tegur anak dengan berhemah. Nyatakan kenapa kamu melarang perbuatannya sebentar tadi? Setiap kenyataan perlu didukung dengan alasan yang mudah difahami si kecil.
Namun, jangan sesekali menghukum anak-anak dengan kekerasan seperti memukulnya di hadapan orang. Selain menjatuhkan air mukanya, ia juga menjadikannya rasa rendah diri di kemudian hari.
#Anak #Ibu Bapa #Tantrum
;