Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Antara Masak di Rumah, Beli di Bazar Atau Bufet Hotel? Berpada. Sisa Sampah Meningkat 500 Tan Ketika Ramadan.

Afiza Kamarulzaman
07/04/2021 13:06 MYT
Laporan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) pada sekitar tahun 2019 mencatatkan trend pembuangan sisa pepejal meningkat sehingga 500 tan sepanjang bulan Ramadan di ketiga-tiga kawasan konsesi syarikat tersebut iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.


Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya Dato’ Mohd Zain Hassan makanan yang tidak dihabiskan atau diusik yang dijual di bazar-bazar Ramadan merupakan penyumbang utama, selain plastik dan bekas polistren.


Beliau berkata pembaziran makanan pada bulan Ramadan dapat dilihat dengan kenaikan sehingga 3000 tan sampah di bawa ke tapak pelupusan dalam sehari, berbanding 2500 tan sampah secara purata pada hari biasa di kawasan Kuala Lumpur.


Pada Ramadan 2017 juga, Alam Flora melaporkan bahawa terdapat empat kategori makanan yang dibuang atau sering dikutip yang terdiri daripada sayur-sayuran, makanan dalam tin yang tamat tarikh luput, sisa makanan yang dihasilkan pengguna dan peniaga serta pembungkusan (plastik) yang digunakan untuk membungkus makanan atau minuman.


Pembaziran boleh diterjemahkan melalui data kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Malaysia (SWCorp) bagi tahun 2015, menunjukkan bahawa sepanjang tempoh sebulan Ramadan (30 hari), sisa makanan yang terbuang adalah sebanyak 270,000 tan atau lebih kurang 9000 tan sehari.


Ada antara makanan yang terbuang itu langsung tidak diusik dan sebenarnya cukup untuk diberi makan kepada 180 juta orang lagi. Memetik kata Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, “jika disusun longgokan makanan 270,000 tan itu, ia bersamaan ketinggian 30 buah bangunan KLCC!”




Kredit Foto: Google


Penurunan Sampah Pada Ramadan 2020 Kerana PKP


Menurut laporan Berita Harian pada Mei 2020, jumlah sisa pepejal yang terhasil di sekitar Lembah Klang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mei 2020, menurun sebanyak 26 peratus.

Bagi tempoh 1 hingga 17 Mac tahun lalu, purata janaan sisa pepejal adalah 2,172.7 tan sehari dan apabila PKP dilaksanakan, purata janaan sisa pepejal bermula 18 hingga 31 Mac 2020 adalah 1,656.23 tan sehari.


Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Mohd Zahir Shari, berkata penurunan itu disebabkan pergerakan terhad orang awam di samping banyak pusat perniagaan tidak beroperasi.


"Ia ditambah pula dengan larangan beroperasi bagi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan sebarang bentuk perhimpunan. Acara dan aktiviti sebegini banyak menyumbang janaan sisa, lebih-lebih lagi ketiadaan bazar Ramadan disebabkan PKP," katanya.


Beliau berkata, jumlah purata sisa pepejal yang terhasil dalam tempoh seminggu pertama Ramadan turut menyaksikan penurunan berdasarkan cerapan data janaan sisa di Stesen Pemindahan Taman Beringin, Kepong.


Katanya, bagi tempoh 1 hingga 3 Ramadan lalu, purata janaan sisa adalah 1,112.27 tan sehari, berbanding tempoh sama pada Ramadan tahun lalu, purata janaan sisa adalah 1,884.67 tan sehari.


"Berdasarkan kajian komposisi sisa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2019, komposisi sisa makanan adalah sebanyak 51 peratus.


Kredit Foto: Google


Kelonggaran SOP Ramadan 2021 – Bazar, Bufet Hotel Kembali Beroperasi


Dan, untuk Ramadan tahun ini, kerajaan nampaknya melonggarkan syarat PKPB dan PKPP di seluruh negeri dengan membenarkan bazar Ramadan dibuka, manakala hotel dan restoren juga dibenarkan untuk mengadakan bufet Ramadan tahun ini.


Ia disambut gembira rata-rata rakyat Malaysia yang pastinya merindui situasi berbuka puasa yang kebiasaannya dililmpahi dengan kemeriahan makan-makan. Namun, yang menyedihkan apabila kita terlalu taksub da berlebihan sehingga terjadinya pembaziran.


Sedangkan Ramadan ini seharusnya dijadikan bulan untuk mendidik diri kita, menundukkan nafsu apatah lagi nafsu membeli dan boros. Islam tidak melarang umatnya untuk meraikan kemenangan setelah seharian menahan lapar dan dahaga, namun bukanlah dengan keraian makan minum yang berlimpaha sehingga dibuang apabila tidak mampu ditelan lagi.


Sama ada memilih untuk masak sendiri di rumah, atau membeli di bazar Ramadan atau ke bufet hotel, pastikan iman kamu dalam keadaan mantap untuk membuat keputusan yang tepat. Sangat rugi jika pahala yng berjaya dikaut sepanjang siang hari tadi tercalar dek pembaziran mengikut hawa nafsu yang kita lakukan malam harinya.


Surah Al Baqarah ayat 183 yang ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. supaya menjadi orang-orang yang s
#Ramadan #Sampah #Sisa Makanan
;