Highlights
Apa Tindakan Kita Berhadapan Dengan Anak Yang Degil Masa PKP? Teliti TIPS Ini, Bermanfaat Untuk Diamalkan
Banyak perkongsian yang kita baca menerusi pelbagai medium mengenai hikmah disebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudahpun memasuki fasa ketiga. Antaranya adalah masa yang dapat diluangkan bersama anak-anak. Dapat pantau pergerakan mereka 24 jam setiap hari. Melayani kerenah mereka yang mahu itu dan ini, ke sana dan ke sini sememangnya kadang kala memenatkan. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang bukan bercuti tetapi perlu bekerja dari rumah (WFH). Pasti sukar untuk imbangi masa untuk lunaskan semua.
Mana lagi mahu memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan perlu standby apabila ada saja permintaan daripada bos sungguh mencabar. Ditambah pula dengan gelagat anak-anak yang bermacam ragam, silap hari bulan boleh tertekan dibuatnya. Dan menerusi perkongsian Good Rizqi, sebuah laman web yang diwujudkan untuk membantu ibu bapa mengubah sikap degil anak kepada seronok patuh arahan dalam masa empat minit, menyenaraikan butiran berikut.
Kredit Foto: Google
Berapa kerap kita tengking anak kita hari ni?Atau dah ada cubit dan lempang anak sejak PKP ini? Di Good Rizqi, mereka percaya TIADA ibu bapa yang seronok marah, tengking dan cubit anak. Kerana kita semua asalnya nak jadi ibu bapa yang terbaik. Tapi hari ke hari, kita jadi lost dalam segala dugaan hidup. Kalau dulu kita cakap paling lembut dengan anak-anak, sedar-sedar hari ni kita dah tengking cubit dia.
Berdasarkan pemerhatian, mereka mendapati majoriti ibu bapa di Malaysia lemah dalam 2 perkara asas parenting ni.
- Kita Kurang Pandai Motivasikan Anak Untuk Mula Lakukan Kebaikan.
- Kita Kurang Pandai Takutkan Anak Untuk Berhenti Lakukan Keburukan.
Dan Tahukah Anda Kenapa Kita Perlu Berhenti Membebel, Menengking dan Mengugut Anak?
Kredit Foto: Google
1. Anak Ibarat Cermin
Anak akan 'pantulkan' reaksi berdasarkan apa kita buat pada mereka. Apa yang mereka lihat, itulah yang akan ditiru dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, cuba kita muhasabah diri. Renung ke dalam diri dan cuba perbaiki sedikit demi sedikit. Misalnya, kurangkan intonasi suara yang kuat. Rendahkan suara dan duduk pada paras ketinggian mereka untuk memahami apa yang mereka mahukan.
2. Bebel, Tengking, Ugut - Bersifat Negatif.
Kita harapkan anak terdorong untuk lakukan perkara positif, tetapi kita pula yang gunakan pendekatan negatif seperti diatas. Cuba beri penjelasan, terangkan satu persatu dalam keadaan yang tenang tanpa perlu menakutkan atau mengugut anak.
3. Apabila Kita Negatif, Anak Akan Balas Dengan Sikap Negatif.
Apabila kita sendiri berada dalam keadaan tertekan, dengan mudah kita akan melenting kan? Justeru, cuba cari masa untuk pupukkan sifat positif dalam diri. Kurangkan meninggi suara, kurangkan membebel kerana dengan sikap sebegini anak-anak kita semakin hari makin susah untuk dengar cakap dan secara tidak langsung semakin tak takut untuk berbuat keburukan.
Kredit Foto: Google
4. Kesannya, Anak Akan Dipenuhi Dengan Sifat Negatif.
Jangan terkejut jika anak membesar nanti jadi sama negatif seperti kita layan mereka. Perbuatan yang kasar, memperlekehkan sesama adik-beradik, melawan dan banyak lagi sifat negatif ini akan terbawa-bawa dalam diri mereka sepanjang proses pembesaran. Justeru, cuba perbaiki diri dan sering berkomunikasi dengan anak-anak tentang bagaimana caranya antara ibu, bapa dan anak perlu berubah sikap untuk membentuk suasana dan keluarga yang lebih sihat.
Must-Watch Video