Semalam, pelakon cantik Fasha Sandha memuatnaik gambar seorang netizen yang mengutuknya di akaun Facebook milik individu terbabit. Peminat yang menggunakan nama Siti Sara itu telah memuatnaik gambar Fasha Sandha yang sedang beratur di sebuah kafe yang diambilnya secara ‘curi-curi’. Menerusi gambar itu juga, turut disertakan dengan kapsyen mengecam dan memaki Fasha yang dikatakan menolak permintaan beliau yang mahu selfie.


Berikutan rasa geram itu, netizen itu juga mengeluarkan beberapa perkataan tidak sopan terhadap Fasha. Fasha dikatakan sombong, buat muka macam xxxxx dan tidak mesra peminat. Walaupun pada kapysen itu, netizen ada menyatakan bahawa Fasha tengah ‘tidak senang’ dan sedang sibuk dengan anak-anak, ia rupanya belum cukup membuatkan netizen itu faham situasi Fasha waktu itu.



Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat) . Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH ? Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI , DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA,SILA HADAM JAWAPAN SAYA Jangan GANGGU SAYA KETIKA 1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG! 2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut 3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2 4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA Ingat ya ,SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI. Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya , Hina saya pakai selipar. ? Apa masalahnya kalau saya pakai selipar ?? Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA. Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA ? Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK Terima kasih. @wlfs4eva

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on




Keselamatan Anak-Anak Keutamaan Saya

Dan, pada muatnaik Fasha yang menjawab balik tuduhan netizen itu, Fasha menyatakan kekesalannya. Fasha mengakui ada seorang peminat yang datang kepadanya untuk bergambar. Namun, Fasha terpaksa menolak untuk waktu itu kerana sedang melayani anak-anaknya dan anak sahabatnya, Rita Sosilawati.


Menurut Fasha, keselamatan anak-anak kecil waktu itu adalah keutamaannya dalam keadaan kafe yang ramai orang. Macam-macam perkara buruk boleh berlaku dalam beberapa saat jika Fasha cuai. Namun, Fahsa menafikan menolak terus permintaan netizen itu kerana dia ada memberitahu agar memberinya masa menyelesaikan hal-hal anak dulu, kemudian bolehlah bergambar.


Malah, katanya selepas anak-anak sudah masuk ke playground, Fasha ada mencari kelibat netizen tadi malah bertanyakan kepada pekerjanya, ke mana peminat tadi? Bermakna bukanlah Fasha menolak bulat-bulat. Fasha hanya meminta sedikir tangguhan waktu untuk dia menyudahkan dahulu urusan anak-anak.




Mini me and Mini Rita ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on





Fasha Dikenali Sebagai Artis Mesra dan Disenangi Ramai

Dan, selepas itu, muatnaik tersebut menerima ribuan komen yang rata-rata menyokong apa yang dikatakan Fasha dalam kapsyennya. Ramai yang menyokong tindakan Fasha untuk mengutamakan hal anak-anak terlebih dahulu daripada melayan kerenah peminat yang hanya mahu berselfie! Andai kata, dalam masa seminit dua itu berlaku sesuatu yang tak diingini, siapa yang harus bertanggungjawab? Pada zaman sekarang ini, pelbagai isu jenayah berlaku kepada anak-anak kecil yang kerap kita dengar.


Tidak kurang juga sahabat terdekat dan para selebriti yang menyelar tuduhan netizen itu sebagai mengikut emosi semata. Artis juga manusia biasa yang punya komitmen penting jika di luar waktu kerja. Ada waktu untuk bersama keluarga. Ada waktu untuk menyelesaikan urusan harian. Bukan 24 jam perlu tersenyum mesra dengan orang keliling atau berkata ya sahaja untuk setiap permintaan peminat.


Kebanyakan orang yang mengenali Fasha pasti kenal siapa Fasha yang sebenarnya. Fasha Sandha dikenali sebagai seorang yang peramah dan jarang mahu mengecewakan orang. Dalam kalangan wartawan dan media juga, Fasha disenangi kerana sikap toleransi, disiplin yang baik dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada sesiapa sahaja. Maka, apabila dituduh sebagai sombong, pasti ramai yang tidak bersetuju dengan cemuhan itu.




#jemymaturns5

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on





Peminat Kena Bijak dan Gunalah Common Sense Sikit

Apalah yang mahu dikejar sangat untuk sebuah selfie itu sehingga kamu tidak segan-silu menganggu waktu artis bersama keluarganya? Artis juga manusia normal seperti kita yang ada masanya mahu bersendirian, mahu menghabiskan waktu berkualiti bersama tersayang, mahu dipandang biasa oleh orang di sekelilingnya. Mahu makan dengan tenang. Mahu berjalan dengan santai. Mahu lalui hidup yang normal.


Faham, ada kala kita terlalu teruja saat melihat kelibat artis yang selama ini kita puja, yang selalu kita lihat di kaca televisyen dan yang kita ‘follow’ di media sosialnya. Rasanya, kebanyakan artis sudah biasa apabila ada yang ‘menahan’ mereka di luar semata-mata mahu bersalaman, bergambar dan berbual. Namun, ada ketikanya mereka tidak mampu untuk berkata ya dalam keadaan yang tidak mengizinkan.


Sebagai peminat, gunalah akal seorang manusia yang normal untuk mempertimbangkan penolakan itu atau tidak perlu terus untuk mengasak mereka untuk bergambar dan sebagainya. Walaupun ada yang kata, ala bukan lama pun, seminit dua saja. Namun, ada juga peminat yang tidak faham bahasa, daripada seminit itu boleh jadi berminit-minit. Tiba-tiba telefon tak funcion, masa itulah baru nak buka apps, waktu itu juga kawan-kawan lain nak tumpang sekali. Aduh, banyaklah kerenah pelik-pelik peminat yang terpaksa artis telan.


Jadilah peminat yang bijak dan bertimbang-rasa. Kalau betul kamu ikhlas menyayangi artis itu, rasanya dapat berbalas senyuman pun sudah memadai untuk menyatakan bahawa kamu adalah peminatnya. Lihat-lihatlah keadaannya waktu itu. Jika kelihatan kelam-kabut dan tak terurus, berkorban sahajalah perasaan itu. Doakan sahaja satu hari nanti kamu dipertemukan semula dengannya dan dapat merakam kenangan itu pada lain masa yang lebih sesuai.





Mariana in Neewarda Dress Love the colour and so comfortable Langsung tak panas Thank You @jubahsouq . . #astro #series #65eps

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on