Highlights

“Asyik Tidur Je, Sebab Tu Gemuk” – FITNAH! Hakikatnya, Kurang Tidur Membuatkan Berat Badan Naik.

gempak
Afiza Kamarulzaman
27/07/2020
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Asyik Tidur Je, Sebab Tu Gemuk” – FITNAH! Hakikatnya, Kurang Tidur Membuatkan Berat Badan Naik.
Menurut Pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ruqaiyah Mohamed Makki, sebuah kajian menunjukkan sembilan daripada 10 orang rakyat Malaysia mengalami masalah sukar untuk tidur dan sekaligus menyebabkan tempoh tidur mereka berkurang.
Bahkan 50 peratus daripada rakyat Malaysia menilai kualiti tidur mereka sebagai ‘biasa’. Kajian lain juga ada membuktikan bahawa individu yang tidurnya kurang dari 5 jam mengalami penambahan berat badan lebih banyak daripada individu yang cukup tidur (tujuh jam). Persoalannya, bagaimana hal ini boleh terjadi?
Kredit Foto: Google
Terdapat beberapa punca kenaikan berat badan dan obesiti hasil dari kurang tidur yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian terkini. Antaranya ialah berkaitan dengan gangguan hormon leptin dan ghrelin. Setiap benda hidup termasuk manusia dan haiwan mempunyai jam biologi tubuh tersendiri. Jam ini dikawal oleh sekumpulan sel pada bahagian hipotalamus otak.
Kewujudan jam ini membolehkan manusia dan haiwan menjangkakan waktu malam adalah untuk aktiviti tidur dan berehat, manakala waktu siang untuk bekerja dan bergerak lebih aktif. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan atau gangguan pada jam biologi seperti tidak cukup tidur akan menyebabkan gangguan hormon dalam badan. Hal ini kerana, hormon juga bekerja mengikut jam yang telah ditetapkan oleh badan.
Antara hormon yang terganggu adalah hormon leptin, dan ghrelin. Kedua-dua hormon ini akan mengawal tahap kelaparan dengan menghantar signal kepada otak untuk makan sesuatu. Kurang tidur akan menyebabkan penurunan kadar hormon leptin dan merembes hormon ghrelin seterusnya menyebabkan tubuh berasa lapar.
Apabila otak menerima signal lapar, sudah tentu badan akan bertindak balas dengan mencari makanan untuk dimakan. Maka, secara tidak langsung telah berlaku penambahan kalori yang lama kelamaan akan menyebabkan penambahan berat badan dan obesiti.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Kurang Tidur Buat Kita Gemuk?
  • Cadangan waktu tidur terbaik untuk seseorang itu adalah tujuh ke sembilan jam sehari.
  • Tidur yang kurang sekitar dua ke tiga jam berkait rapat dengan pengambilan kalori yang berlebihan.
  • Tidur yang kurang menyebabkan peningkatan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar berlebihan dialami.
  • Apabila kurang masa tidur, sistem tubuh akan menganggu penghasilan hormon leptin yang mengakibatkan rasa lambat atau sukar kenyang.
  • Kurang tidur juga menyebabkan ketagihan makan atau food craving terhadap makanan dan minuman yang tinggi gula dan lemak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live