Akhirnya, semalam, pasangan selebriti paling popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya berkongsi wajah bayi perempuan ke dua mereka yang berusia tujuh hari itu menerusi program Schawal Baby Boom di Astro Ria.


Ahli keluarga baru Schawal yang digelar Baby L itu lahir pada 12 Februari 2012, hari Jumaat pada jam 9.15 pagi dengan berat 3.2kg di sebuah pusat perubatan swasta.


“Ia pengalaman yang cukup berbeza tapi sikit pun tidak kurang hebatnya, daripada kelahiran Scha yang pertama melahirkan Lara Alana,” Ujarnya mengenangkan detik getir melahirkan Baby L.


Scha melahirkan rasa syukur atas doa semua yang memberi kata-kata semangat dan menitipkan kekuatan buat mereka sekeluarga. Malah, nikmat yang sangat disyukuri apabila dapat melahirkan Baby L yang sihat sempurna walaupun menerusi kelahiran pembedahan.







Awal Beremosi Menemani Scha di Dewan Bersalin


Seperti harapan semua isteri, pasti mahukan suami berada di sisi saat melahirkan zuriat suami. Walaupun peluang itu agak terbatas saat pandemik ini, namun rezeki mereka berdua apabila Awal diberi kesempatan untuk berada dalam bilik bersalin bersama Scha.


Dalam episod itu semalam, kelihatan Awal sangat beremosi sepanjang menemani Scha melahirkan. Dan, air mata tidak dapat ditahan lagi apabila melihat Baby L muncul pertama kalinya di muka bumi ini.


“Awal betul-betul tak sangka akan dapat sekali lagi menyaksikan kelahiran anak saya ke dunia ini," Luah Awal yang mengucap syukur atas rezeki ini.






Scha Memulakan Sesi Berpantang


Alhamdulillah, sudah seminggu suai Baby L dan semua urusan nampaknya berjalan lancar. Scha dan bayi juga sihat dan tiada sebarang kompilkasi. Scha akan meneruskan tempoh berpantang di rumah mereka.


Sama seperti ibu bersalin lainnya, Scha turut akan melalui waktu berpantang seperti biasa, mengamalkan cara tradisional dan moden. Lara juga nampaknya dari awal tidak sabar-sabar mahu menatap wajah adiknya itu.


InTrend mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat keluarga Schawal. Selamat berpantang, Scha! Selamat bangun tengah malam ya, Awal!


Untuk mengetahui lebih banyak perjalanan dan perkongsian eksklusif keluarga Schawal berkenaan Baby L, jangan lupa, saksikan program Schawal Baby Boom setiap Khamis jam 9.30 malam di Astro Ria dan ulangannya pada hari Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria HD (CH104) dan Astro Ria (CH124) atau boleh strim di Astro GO dan On Demand.