Pastinya foto yang dimuat naik Fazura di Instagramnya tepat jam 12 tengah malam tadi membangkitkan keterujaan semua peminat dan pengikut setia pasangan suami isteri selebriti ini. Masakan tidak, akhirnya selepas hampir tiga bulan barulah dapat menatap wajah comel puteri sulung kesayangan ini.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Kredit Foto: IG Miss Fazura

Mementingkan privasi dan ruang tersendiri, ramai yang akur perlu bersabar untuk melihat wajah Fatima. Menjengah di Instagram Fattzuralovelife, hanya sipi-sipi sahaja yang kelihatan. Tidak puas rasanya. Nah, sempena kedatangan Tahun Baru 2021, Fazura dan Fattah akhirnya mengotakan janji mereka untuk berkongsi foto wajah puteri comel ini. Alahai… geram tengok, comel sangat!

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Kredit Foto: IG Miss Fazura

Tidak sampai sejam, foto keluarga pertama ini sudahpun meraih tanda suka ratusan ribu. Ya, baik pengikut dan peminat setia pasangan ini; rakan-rakan artis turut sama berkongsi kegembiraan dan keterujaan akhirnya dapat melihat foto anak sulung mereka.

Kredit Foto: IG Miss Fazura

Lengkap berpakaian rona putih sedondon, foto ini turut dikongsi di Instagram Fattah dan Fattzuralovelife. Dirakam oleh jurufoto profesional Aaron dari Lenswork Production, pastinya ramai yang teruja dan tidak sabar mahu melihat lebih banyak lagi koleksi foto si comel kesayangan semua ini.

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife)

Kredit Foto: IG Miss Fazura

Agaknya, wajah Fatima lebih mirip iras wajah Mummy atau Daddy? Hehehe… Apapun, didoakan semoga yang baik-baik sahaja melingkari hidup keluarga ini untuk permulaan tahun 2021. Dengan kehadiran Fatima, pastinya ia akan terus memberikan kebahagiaan dan melengkapi hidup Fazura dan Fattah.