Oleh: Athirah Zulkifli

“Warna merah untuk orang yang berani sahaja (macam Chemad). Tapi kalau ada yang ada jiwa warrior boleh lah ikut sama pakai baju Kurta Merah dari design exclusive Chemad di @littlestarsmy"

Kredit foto: Instagram @nur_aurora7

“Biarlah si kecil berseronok seiring usianya. Kalau pakaian selesa kuranglah anak meragam, senang kita nak buat kerja kita jugak ye @littlestarsmy"

PASANGAN pelakon sama cantik sama padan, Farid Kamil dan Diana Danielle antara keluarga selebriti yang paling sempoi dan bahagia. Farid dan Diana dikurniakan dua cahaya mata comel lelaki dan perempuan iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Baru-baru ini Farid digandingkan bersama anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad, dalam satu penggambaran iklan produk. Wow! Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Nampaknya Farid dan Diana kini dalam proses menggilap sebutir bintang kecil yang bakal menyinar dalam arena industri hiburan tanah air! Siapa sangka, aksi bersahaja si comel Muhammad dalam iklan jenama penjagaan badan ‘Lifebuoy’ mendapat perhatian ramai.

Meskipun baru berusia tiga tahun, Muhammad atau lebih mesra dipanggil Chemad, nampaknya punya potensi yang besar dan bakat semula jadi seperti kedua-dua ibu bapanya. Pastinya tidak lama lagi, anak bujang Farid Kamil dan Diana Danielle bakal menjadi seorang pelakon. Kita nantikan saja!

10 Foto Muhammad dan Nur Aurora Bakal Mengikut Jejak Langkah ‘Darah Seni’ Mummy & Daddy

Setiap gelagat adik-beradik ini akan dimuatnaik oleh ibunya menerusi Instagram mereka sendiri iaitu @chemad7 & @nur_aurora7. InTrend himpunkan 10 foto yang memberi petanda betapa adik-beradik ini berbakat besar seperti ibu dan ayah mereka.

Foto 1 - Alolo, Comelnya!

@chemad7 - Peace!

Kredit foto: Instagram @chemad7

Foto 2 - Fuh! ‘Pose’ Paling ‘Win’

@nur_aurora7 - Macam ini ke orang pose? Lipat kaki ke sana, teleng kepala ke sini.

Kredit foto: Instagram @nur_aurora7

Foto 3 - Gemuruh Sebab Kali Pertama

@chemad7 - First TV interview… malu! Cukuplah jawab good dan ok sahaja… Hehehe.

A post shared by Muhammad (@chemad7) on

Foto 4 - Bakal Jadi Pemain Bola Sepak Negara

@chemad7 - Chemad sekarang dah besar... Chemad dan bola sepak berpisah tiada. Ini chemad nak cakap sikit, maaflah Chemad sudah lama menyepi…Chemad lupa password instagram ?? Nasiblah uncle Chemad @fadzilzahari pandai selesaikan masalah ini. Rindu Chemad tak? Chemad rindu instagram.

Kredit foto: Instagram @chemad7

Foto 5 - Gadis Melayu Terakhir!

@nur_aurora7 - Kenapa termenung tu baby?

Kredit foto: Instagram @nur_aurora7

Foto 6 - Amboi, Handsome Betul!

@chemad7 - Good morning!

Kredit foto: Instagram @chemad7

Foto 7 - Malu-malu Kucing Nampak?

@nur_aurora7 - Girly Pose!

Kredit foto: Instagram @nur_aurora7

Foto 8 - Model Baju Raya

@chemad7 - Chemad nak kongsi gambar #chemadraya2016. Mana lah tahu dakcik dakcik yang tengok gambar ini boleh lihat betapa selesanya Chemad, walaupun di tengah panas tapi sebab Chemad pandai pilih kain, masih rasa macam di Europe. ?

Kredit foto: Instagram @chemad7

Foto 9 - ‘Sweet’ dan ‘Loving’ Sangat Dua Beradik Ini

@dianadanielleb - Adik beradik bergaya dengan baju raya exclusive @littlestarsmy

Kredit foto: Instagram @dianadanielleb

Foto 10 - Dia Mungkin Bakal Jadi Pelakon Baru Paling ‘Meletop’

@chemad7 - Lawatan ke set filem Babah. Babah dush dush, piu piu, haiyark, aduhhh semua... siap berdarah-darah lagi. Hebat-hebat… Chemad bangga dengan Babah ?

Kredit foto: Instagram @chemad7