Penulis sendiri tidak faham kenapa ramai isteri suka menyampaikan sesuatu mesej itu dengan tag akaun Facebook/Instagram suami dengan harapan suami perasan dan sedar isi hati sang isteri.

Tidak bolehkah mesej itu disampaikan secara terus atau kongsi saja link itu kepada suami secara peribadi? Kenapa perli tag di tengah-tengah khalayak, yang mungkin ada antara netizen-netizen di situ mengenali suami?




Kredit foto: Nana Suleiman





Kisah iPhone 11 yang kini menjadi buruan ramai juga menjadi hal. Maka, ramai yang mula tayang telefon berharga ribuan ringgit itu di media sosial dengan pelbagai jenis kapsyen untuk memberitahu yang dia sudah memilikinya.

Paling menarik pastinya jika telefon itu dibeli oleh sang suami kepada isteri. Maka, ramailah isteri yang mula tak senang duduk. Hati memberontak mahu juga diberi oleh suami seperti yang dibacanya di status si kawan itu.

Lantas dia kongsi status Hamba Allah yang post tadi siap tag nama suami dengan harapan suami membacanya dan berusaha untuk menghadiahkannya juga. Para isteri, kalau suami itu mampu untuk membelinya tidak mengapa, jika sebaliknya bagaimana?





Jangan bersikap terlalu kebudak-budakan. Ukur baju di badan sendiri. Pelihara maruah suami, hormati kemampuannya. Bayangkanlah jika perkara itu pun sudah melukakan hatinya, bagaimanalah dosa yang perlu kamu tanggung?

Mungkin ada suami yang tidak meluahkannya, tetapi yang makan dalam itulah yang lagi kita bimbangkan.

Wanita ini berkongsi luahan hatinya di akaun Facebooknya baru-baru ini tentang niatnya yang hampir-hampir tag suaminya pada gambar iPhone itu dengan harapan yang sama.

Namun, mungkin Allah menurunkan hidayah serta-merta kepadanya, belum sempat berbuat demikian dia terus tersedar!



Kredit foto: Nana Suleiman




Suami Dah Cukup Baik, Nak Apa Lagi?
Dia renung suaminya yang ketika itu sedang berada di dobi (beliau di dalam kereta bersama anak-anak). Dalam keadaan kaki suami yang terjengket-jengket mengheret bakul berisi pakaian untuk dicuci, wanita ini beristigfar.

Suaminya sudah terlalu banyak berkorban untuk mereka sekeluarga. Pulang penat bekerja tetap, kemudian melakukan kerja sampingan sebagai pemandu Grab pula.

Tidak cukup dengan itu, pergi membeli barang basah untuk dimasak isteri yang menjalankan perniagaan lunch box di rumah. Balik ke rumah, membantru isteri lagi.

Baca luahan wanita yang dikenali sebagai Nana ini. Sangat menginsafkan dan wajar dijadikan pengajaran untuk semua isteri di luar sana betapa setiap suami itu punya kemampuan berbeza-beza.

Dan, sebagai isteri, kita harus saja bersyukur dengan apa adanya pemberian suami itu. Ingatlah, keberkatan hidup seorang isteri itu terletak pada keredhaan suami.




Kredit foto: Nana Suleiman



Seperti yang Dicoretkan Nana Suleiman di akaun Facebooknya..


“Tadi I almost tag this photo nak bagi suami saya. Kebetulan Iphone lama saya rosak.(now using my adik's hp, she gave her old phone, thanks ci). When I was about to upload this photo and tag him in IG, saya dan anak dalam kereta waiting for him. He was at the DIY dobby walking towards the car with heavy loaded laundry bag dengan kaki jengket2 sebelah sebab tengah diserang gout. But he still does all the chores, tuntutan hidup demi keluarga.

Allahuakhbar, Astarghfirullah al azim. Terus saya insaf. Rasa bersalah sangat. Apa lagi awak nak Nana? Bancik seorang yang sangat baik pada saya, anak-anak, dua belah keluarga dan rakan-rakan. Dia loving, caring and very supportive. Dia sakit ke dia penat ke, dia sangat rajin kerja, balik dari kerjanya buat Grab, belikan barang niaga bisnes masak saya dan tolong sedia bahan masak dan deliver kalau kena masa so we have enough just to get by. Always make time to help me with house chores and taking care of our boys. He is co parenting, not just being the head of family. Apa lagi awak nak Nana? I just realised he might be facing the same situation as me: we are so penat tapi tak boleh stop so we can sustain a living, to make sure our family are ok from day to day.

MasyaAllah Bancik is one of my greatest blessing from Allah. Yes we don't get to splurge to spend on whatever we desire for now, but Alhamdulillah this lil family of mine is very happy with what we have. We always jimat, belanja bersederhana so we have enough in case of emergency and we try to save for the boys. But Bancik always makes sure yang basic semua cukup, saya dan anak-anak sihat, selesa dan happy.

Oleh itu maafkanku Allah. Saya terlupa tadi. Saya lupa nikmat-nikmat yang Allah dah bagi. Saya minta maaf Bancik. I almost make you feel less if i tag u this. Saya terlupa jap tadi, rezeki orang berbeza-beza. Ada orang rezeki dia pada kemewahan atau kekurangan, ada orang rezeki pada kerjaya, ada orang rezeki melalui kesihatan mahupun dalam kesulitan dan macam cara lagi. Semua ada hikmahnya. Rezeki saya adalah suami, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan yang selalu beri sokongan pada saya. Hikmahnya dalam susah senang saya dan Bancik sentiasa faham dan sokong satu sama lain. All this while, I have a wonderful life with family and for that forgive me Allah, and thank you for reminding me to always be grateful to you and You shall give more.

Belajar dari kesilapan saya kawan-kawan. Jangan tag suami anda foto ini. Kecil hati dia nanti.

P/S: I wrote this as a reminder for me, might be useful for others. Kalau rasa tak best, memualkan: maafkan saya. Dan suami saya tak baca FB. Dia suka Twitter and IG jew. Nantilah kalau saya dah tak ada nanti, bolehler dia baca post ni. Baru dia tau saya sayang gila kat dia. Ececeh.”