Highlights

Bahana Mak Ayah Pilih Kasih – Adik-Beradik MAKAN HATI, Ungkit-Mengungkit Dan Hasad Dengki Bersarang Dalam Diri

gempak
Huda Hussain
05/06/2020
15:52 MYT
Sponsor Banner
Bahana Mak Ayah Pilih Kasih – Adik-Beradik MAKAN HATI, Ungkit-Mengungkit Dan Hasad Dengki Bersarang Dalam Diri
Pasti anda familiar dengan bait-bait ayat ini dalam skrip drama. “Mak tak pernah bezakan anak-anak emak. Semua layanan dan kasih sayang Mak bagi sama rata. Tiada yang lebih atau kurang. Baik anak lelaki atau perempuan, sama saja. Kalau salah tetap salah. Kalau betul tetap betul. Janganlah nanti bila Mak dah tiada, hubungan adik-beradik makin jauh. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tak tenteram nanti Mak dalam kubur.”
Ada betulnya walaupun ia cuma rekaan yang diharapkan dapat memberi mesej kepada penonton. Kerana sememangnya ia berlaku dalam masyarakat kita. Tidak kiralah ketika zaman ibu bapa kita ataupun ketika kita dibesarkan, pastinya pernah berhadapan dengan situasi ini. Apabila salah seorang dalam adik-beradik yang menjadi perhatian emak ayah, mulalah adik-beradik lain terasa hati.
Kredit Foto: Google
Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.
Tahukah Anda Rasulullah SAW Tidak Suka Orang Tua Yang Pilih Kasih?
Ramai ibu bapa yang tanpa sedar bersikap tidak adil terhadap anak-anaknya. Pilih kasih atau hanya mengutamakan salah seorang anak sahaja sebenarnya adalah konsep didikan yang salah. Bahkan kondisi sebenarnya tidak boleh dibiarkan dan Islam amat melarang hal ini.
Kredit Foto: Google
Hal ini kerana hanya dengan sikap ibu bapa yang pilih kasih dan membeza-bezakan anak mampu menimbulkan permusuhan. Kesan paling ketara adalah hubungan adik-beradik menjadi tidak baik, anak akan kehilangan rasa kasih sayang antara adik-beradiknya sekali gus jelas memperlihatkan sikap yang tidak menghormati orang tuanya. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari kisah An-Nu’man bin Basyir, bahwasanya ayahnya datang membawanya kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata:
"Sungguh aku telah memberi pemberian berupa seorang budak milikku kepada anakku ini.” Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: “Apakah semua anakmu kau beri seperti (anakmu) ini?” Dia menjawab: “Tidak.” Maka Rasulullah SAW bertanya, “Apakah engkau senang apabila mereka (anak-anakmu) semuanya berbakti kepadamu dengan sama?” Dia menjawab: “Aku mahu (wahai Rasulullah).” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kalau begitu, jangan kau lakukan (pilih kasih).” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Maksud dari hadis di atas adalah hibah harus diberikan secara adil atau sama rata. Boleh membezakannya jika ada alasan tertentu, akan tetapi apabila salah seorang daripada anak-anak itu mempunyai kemahuan yang lebih dari lainnya lantaran sebab yang diperbolehkan, sedangkan yang lainnya tidak memerlukannya, maka seperti ini boleh dilebihkan menurut keperluan masing-masing.
Kredit Foto: Google
Kesan Paling Ketara Selepas Pemergian Kedua Ibu Bapa
Sama ada perebutan harta pusaka, mulalah berkira itu dan ini hinggalah boleh terputus silaturahim sesama adik-beradik adalah suatu perkara yang tidak asing dalam masyarakat kita. Semuanya gara-gara wujud perasaan tidak puas hati yang akhirnya membibitkan rasa benci yang mampu bertukar menjadi dendam. Alangkah besar kesannya jika tidak dirawat dan dipulihkan kerana memutuskan tali silaturahim itu tergolong dalam dosa-dosa besar. Nauzubillah himinzalik.
Beringatlah Emak Ayah, Jangan Pernah Sekali Bezakan Anak-Anak
Syaikh Abdul Ghani Al-Nablisi berkata, “Pilih kasih ibu bapa terhadap anaknya akan menimbulkan permusuhan, sifat dengki dan kebencian diantara sesama anak-anak itu sendiri. Kemudian akibat selanjutnya akan terjadilah terputusnya hubungan keluarga yang disebabkan oleh sikap pilih kasih orang tua mereka.” Untuk itu wahai ibu bapa, selalulah berusaha untuk bersikap adil kepada anak-anak. Hinggakan Rasulullah SAW sampai berwasiat dan mengulangnya hingga tiga kali. Sabda Baginda, “Adillah kepada anakmu, adillah kepada anakmu, adillah kepada anakmu” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Nasa’i, dan Ibnu Hibban)
Kita tidak mahu roh kita tidak tenteram saat di alam sana. Dan bagaimana untuk menyatukan hati-hati mereka andainya dibiarkan perasaan makan hati dan dengki itu beraja dalam sanubari mereka? Selagi hayat masih ada, diberi ruang dan peluang maka berbuatlah. Kukuhkan ikatan dan kasih sayang dalam diri anak-anak kita agar saling hormat-menghormati, kasih mengasihani dan membantu antara satu sama lain. Insya-Allah, berkat didikan kita itulah yang jadi pegangan mereka.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024