Oleh: Huda Hussain

BERMULA dalam skala kecil, namun kini label Afiq M berjaya menangkap mata fesyenista yang mahukan penampilan lebih ‘effortless’ namun dalam masa sama masih terlihat elegan dan sofistikated.

Siapa Afiq M sebelum dikenali seperti hari ini?

Pelajar jurusan rekaan fesyen. Juga pernah bekerja dengan beberapa jenama fesyen tempatan dan pereka sebelum tampil dengan label sendiri.

Punya bakat terpendam yang kami tidak tahu?

Mungkin memasak!

Sepanjang penceburan anda dalam industri fesyen, koleksi mana yang paling dekat di hati dan mengapa?

Koleksi Raya yang pertama pada 2016. Istimewanya, koleksi ini adalah ‘tribute’ untuk kampung halaman saya dengan suntikan elemen dan momen raya ketika zaman kecil dahulu.

Jika terdapat sebuah bandar atau negara yang pada pandangan anda penduduknya mempunyai cita rasa dalam berfesyen, di manakah ia dan mengapa?

Sudah tentunya kota fesyen ternama seperti Milan, New York, Paris dan lain-lain. Tetapi saya punya intuisi menyatakan bahawa saya jatuh cinta dengan kota Jakarta. Kerana masyarakatnya memberi sokongan terhadap jenama tempatan baik daripada seni dan apa jua yang merangkuminya. Sementelahan serumpun, maka kecintaan kita terhadap fesyen tidak jauh berbeza.

Perkara yang lazim dilakukan jika punya masa terluang?

Duduk di kerusi kegemaran dan menghidangkan teh tarik buat teman-teman.

Anda suka ‘shopping’ dalam talian? Portal mana yang sering menjadi pilihan dan mengapa?

Tidak kerana saya lebih selesa mahu melihat dan memegang material juga ingin membelek dengan teliti fabriknya.

Cara anda menunjukkan penghargaan kepada ibu dengan...

Membawanya ke spa untuk rawatan ‘full body massage’ dan semuanyalah!

Jika diberikan RM100 untuk ‘survive’ dalam masa sehari, apa yang akan anda beli atau gunakan?

Makan dan masak. Mungkin saya boleh ‘survive’ dalam tempoh seminggu. LOL!

Tokoh pereka fesyen yang disegani dan mengapa?

Raf Simons kerana dia seorang yang serius dan komited terhadap profesyennya.

Mahu lihat apa dalam industri fesyen akan datang?

Mahu lihat masyarakat Malaysia lebih terbuka dan berani mencuba perkara baru. Dan kita kini perlahan- lahan menuju ke situ.

Sepanjang 12 tahun InTrend dalam arena permajalahan, apakah perubahan dan perbezaan yang kalian dapat lihat?

Kualiti setiap fotonya! Semakin baik malah lebih bagus. ‘Amazing job team InTrend’!

Shop Spring 18 evening looks - afiqm.com , @zaloramy and @shoesshoesshoe5 stores.

A post shared by AfiqM. (@afiqmofficial) on

Merry Christmas and happy new year ? Afiq M available on afiqm.com, @zaloramy and @shoesshoesshoe5 Alicia photographed by @biboaswan Makeup and hair by @khirkhalid

A post shared by AfiqM. (@afiqmofficial) on

Nabila Huda for Anugerah Planet Muzik 2017 wearing Spring 18. Styled by @tymfatimah #AFIQM #AFIQMSS18

A post shared by AfiqM. (@afiqmofficial) on