Bakal Suami, Didik Bakal Isteri Dengan 6 Sifat INI. Insya-Allah Rumahtangga Sakinah Mawaddah Warahmah.
Huda Hussain
26/11/2021 02:00 MYT
26/11/2021 02:00 MYT
Ilmu rumahtangga itu bukan cukup dipelajari semasa kursus perkahwinan sebelum bernikah. Kerana secara kasarnya ia cuma prosedur dan sebagai ilmu asas untuk dipersiapkan buat lelaki dan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga.
Maklum dengan sifat lelaki sebagai imam kepada makmumnya yakni isteri, maka sewajarnya perlu diperkasakan dengan segala ilmu sebagai perisai dalam mendepani alam rumahtangga. Suka penulis memanjangkan perkongsian Siti Nur Ilia menerusi Facebook Pakar Diari Hati ini tentang enam sifat yang harus ada dalam diri seorang isteri. Dan ia selayaknya dikemudi dan dipimpin oleh seorang suami.
Didiklah isteri atau bakal isteri anda dengan 6 sifat ini. Seorang suami dikira berjaya memimpin isterinya, sekiranya sempurnanya 6 sifat ini dalam diri isterinya :
1) Solehah : agar isteri sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan Suami.
2) Daie'yah : agar isteri sentiasa ada fikir untuk perjuangkan agama Allah.
3) 'Abidah : agar isteri sentiasa berusaha menjadi hamba yang kuat beribadah dan istiqamah dalam amal ibadahnya.
4) 'Alimah : agar isteri sentiasa mempelari ilmu agama dan diberi kefahaman yang haq dalam agama dengan toriqoh Baginda Nabi SAW.
5) Zahidah: agar isteri ingin sentiasa hidup dengan cara sederhana, tidak tamak, tidak berhajat pada kemewahan hidup, sehingga memaksa suami untuk mendapatkan kemewahan.
6) Khodimah : agar isteri sentiasa ada sifat untuk berkhidmat pada agama, suami dan anak-anak.
Sebelum mendidik isteri/bakal isteri dengan 6 sifat ini, maka seelok-eloknya seorang suami/bakal suami menerapkan dahulu 6 sifat ini dalam diri, agar diberikan rohaniat yang mantap sewaktu mentarbiyyah keluarga..
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” (Riwayat Al-Hakim)
“Sebaik-baik kalian (suami), (adalah) yang sikapnya paling baik terhadap perempuan-perempuan (isteri-isteri) mereka (sendiri)

Kredit Foto: Google