1. Pemakanan adalah kata kunci utama untuk hasilnya terlihat pada fizikalmu. Maka, amalkan diet seimbang. Kurangkan mengambil makanan ringan dan segera. Lebihkan makanan segar dan bukan yang diproses.
  1. Kurangkan pengambilan garam dan gula. Ternyata ia memberi kesan negatif kepada tubuh badan juga menuakan sistem dalaman dan terlihat penuaan pada luaran.
  1. Jalani gaya hidup yang aktif. Lihat wanita zaman dulu, mereka melakukan pelbagai aktiviti rumah yang padat dan rumit. Walaupun kini kita dibantu peralatan moden, sentiasalah bergerak tangkas dan banyakkan bersenam untuk mengeluarkan peluh dan toksid dalam tubuh.



Kredit Foto: Google
  1. Banyakkan makan buah dan sayur dan selangkan makan nasi dengan ulam-ulaman seperti daun pegaga, ulam raja, cekur, peria dan sebagainya. Kebanyakan ulam ini megandungi Vitamin C, kalsium dan lain-lain khasiat.
  1. Pakai tabir suria setiap hari sebelum keluar rumah. Elakkan mendedahkan kulit di bawah pancaran sinar mentari kerana ia merosakkan kulit dan pasti buat kulit lekas menua.
  1. Seminggu sekali amalkan mengeksfoliasi atau menyental kulit wajah untuk membuang sel kulit mati. Gunakan skrub muka bertekstur halus. Rutin ini penting untuk memberikan lapisan kulit baru terbentuk dan menggandakan keberkesanan serapan formula produk penjagaan kulit ke liang kulit.


Kredit Foto: Google
  1. Kulit yang kering penyumbang utama kepada garis halus dan kedutan. Maka, pelembap kulit adalah jawapan untuk kekalkan lembapan kulit yang lembut dan mulus. Melaburlah lebih sedikit untuk jenis pelembap yang bagus.
  1. Banyakkan juga minum air putih untuk lancarkan peredaran darah, sistem tubuh yang baik dan melembapkan kulit dari dalam.
  1. Kulit sekitar mata adalah bahagian wajah paling sensitif dan nipis. Maka, ia perlu diberi perhatian yang lebih. Gunakan krim mata dengan disapu lembut pada sekitarnya. Pakai kaca mata gelap ketika berada bawah teri mentari dan elakkan mengecil-kecilkan mata apabila mahu melihat objek kecil atau dek kepanasan.


Kredit Foto: Google
  1. Kurangkan mengerut dahi kerana ia memudahkan garis terbentuk pada bahagian dahi kelak. Relakskan wajah selalu.
  1. Banyakkan tersenyum dan ketawa sebagai senaman semula jadi pada wajah.
  1. Sebaik bangun pagi, lakukan urutan lembut pada sekitar wajah sambil berselawat. Picit-picit perlahan menggunakan hujung jari menghala ke atas wajah.
  1. Jangan merokok dan minum alkohol kalau kamu tidak mahu kelihatan tua dari usia dan nampak muka kusam, tidak bermaya!
  1. Jagalah kualiti tidur dan pastikan kamu mendapat jangka waktu tidur yang cukup. Elakkan berjaga hingga larut malam.
  1. Bernafas dengan cara yang betul dan selalulah mendapatkan udara yang segar terutamanya pada waktu pagi. Lihat kehijauan untuk ketenangan mata dan minda.

Kredit Foto: Google
  1. Jangan suka fikirkan perkara negatif dan elakkan berkawan dengan mereka yang punya sikap negatif. Positifkan diri jika mahu jiwa tenang dan kekal muda tanpa masalah.
  1. Banyakkan bangun pada satu pertiga malam untuk beribadat secara sunyi dan sendiri kepada Allah. Solat tahajud antara amalan yang bagus untuk dilakukan. Senaman yang baik buat tubuh dan terapi kepada rohani.
  1. Asah ketajaman otak, jangan berhenti berfikir. Dr. Yakov Stern, Ketua Bahagian Cognitive Neuroscience di Sergievsky Center, Kampus Columbia menyatakan, “Individu yang terus-terusan merangsang kehidupannya menerusi pendidikan, pekerjaan, serta beberapa aktiviti yang digemari mempu mengurangkan risiko diserang penyakit Alzheimer sebanyak 35 ke 40 peratus. ” Banyakkan membaca kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  1. Selalulah berkata di depan cemin yang kamu seorang yang cantik, baik dan positif. Yakinlah bahawa kamu sentiasa nampak muda dan anggun.
  1. Banyakkan membaca A-Fatihah, Kursi dan surah Al - Waqiah ayat 35-38 sebanyak tujuh kali. Amalkan setiap kali usai solat dan sebelum tidur dengan niat agar diri sentiasa terpelihara. Amin.
Kredit Foto: Google