Sebut sahaja nama Bill Gates, kita semua kenali beliau sebagai pengasas bersama syarikat Microsoft Corporation yang hebat. Sebut sahaja nama Bill Gates, kita semua kenali beliau sebagai pengasas bersama syarikat Microsoft Corporation yang hebat. Beliau menjadi bilionair semasa berusia 31 tahun; pada tahun 1987, sekali gus dinobat sebagai individu terkaya paling muda di dunia ketika itu. (CNBC). Kekayaan beliau setakat 26 Oktober 2020 adalah sebanyak RM406 bilion ($98 billion) dan menjadikan beliau orang kedua terkaya di dunia hari ini selepas Jeff Bezos. (Forbes)


Kisah beliau bertemu dengan penjual surat khabar ini sangat menginspirasikan kita, walaupun menurut laman Misbar.com sebagai kisah yang diragui kesahihannya kerana tiada bukti wawancara beliau pernah menyampaikan kisah begitu kepada media yang berkredibiliti. Kisah ini mendidik kita agar sentiasa membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan walaupun kita sendiri juga masih memerlukan pertolongan.

Kredit Foto: Google

Ketika Bill Gates menjadi manusia terkaya di dunia, seseorang telah bertanya kepadanya. “Apakah ada manusia yang lebih kaya daripada kamu di dunia ini? Lantas Bill Gates mula bercerita. Sebelum dia menjadi jutawan dan popular, dia mengenali seseorang yang lebih kaya daripada dirinya.


Daripada Naskhah Surat Khabar Percuma…

Kisah bermula semasa Bill Gates berada di lapangan terbang New York, dia mahu membeli senaskhah akhbar. Namun ketika itu dia tidak mempunyai tukaran wang kecil untuk membayarnya. Ketika Bill Gates batalkan niatnya, penjual itu memberikannya surat khabar secara percuma.

Kredit Foto: Google

Menariknya, dua ke tiga bulan kemudian, situasi yang sama berlaku dengan penjual yang sama dan di tempat yang sama. Dia mendapat akhbar percuma dua kali dalam tempoh tersebut. Hanyalah selepas 19 tahun kemudian, Bill Gates dinobatkan sebagai individu terkaya di dunia. Ketika itu, di amula teringkat kembali penjual surat khabar yang Budiman itu lalu berhasrat mahu membalas jasanya.


Mahu Membalas Jasa Baik

Penjual itu berjaya dijejaki selepas Bill Gates berusaha mencarinya selama beberapa minggu. Ketika mereka bertemu, ternyata penjual itu masih mengenali Bill Gates sebagai lelaki bilionair dan dalam masa sama masih teringat akan kejadian ketika dia memberikan dua kali surat khabar percuma kepada Bill Gates. Oleh kerana jasa baik lelaki itu, Bill Gates mahu hargai budi penjual itu dengan menawarkannya peluang untuk membuat apa sahaja permintaan dan dia berjanji akan memenuhinya. Namun demikian, Bill Gates terkejut apabila penjual itu berkata kepadanya bahawa peluang yang ditawarkannya itu takkan mampu menandingi bantuan yang pernah diberikannya dahulu.

Kredit Foto: Google

Budi Tak Terbalas

Ujarnya, “Tuan, saya bantu anda ketika saya miskin. Tetapi anda mahu tolong saya di waktu anda sudah menjadi kaya raya. Mana mungkin semua ini dapat menandingi bantuan yang saya berikan dahulu.” Sejak hari itu, Bill Gates sedar bahawa penjual surat khabar itu sebenarnya lebih kaya daripadanya kerana dia tidak perlu tunggu jadi kaya untuk bantu orang yang berada dalam kesusahan.


Definisi Kaya Yang Sebenar

Kata Bill Gates, “Kekayaan sebenar adalah kekayaan hati. Itu lebih berharga daripada kekayaan wang.”

Sumber: IG Cottonvillemedia

Kredit Foto: Google