Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
gaya hidup

Banyak Cara Untuk Kurus, Antaranya Pembedahan BARIATRIK. Dan Perlu Juga Jaga Disiplin Selepas Itu Ya

Penulis Jemputan 11/02/2021 | 01:26 MYT
Teks:Nor Hatina Shuib
Baru-baru ini tular berkenaan penampilan baharu Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang trending di Twitter , laman Facebook dan turut mendapat perhatian media massa.
Ramai mula tercengang dan tidak senang duduk melihat penampilan mengagumkan YB Rina. Ada yang memuji penampilan terbarunya, langsing, cantik dan tampak muda berbanding penampilan lama. Tetapi tidak kurang yang menyuarakan pendapat seperti sesiapa pun boleh kurus asalkan ada wang.
Ya, tidak semua orang mampu melakukan pembedahan seperti Bariatrik yang menelan belanja puluhan ribu, tetapi jika anda mampu tidak ada salahnya jika menepati kriteria pembedahan pemintasan usus berkenaan. Tetapi bagi mereka yang tidak ada kewangan mencukupi, masih ada banyak kaedah lain untuk sama- sama kurus.
Kredit foto: Google
Lihat Perubahan Orang Kurus Sebagai Inspirasi
Namun, penulis melihat dari sudut berbeza. Pembedahan Bariatrik bukanlah pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik semata-mata tetapi ia lebih kepada kesejahteraan kesihatan seseorang dan ia sudah terbukti membantu kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan pada masa sama penyakit darah tinggi berjaya dikawal.
Bagi mereka yang menanam nilai positif, mereka melihat ia sebagai satu cabaran dan inspirasi untuk kurus dan sihat.
Namun, bagi sesetengah individu yang melihat ia daripada persepsi negatif, mereka mengambil usaha untuk kurus dan sihat seseorang individu itu sebagai satu perkara gurauan dan kutukan.
Sudah-sudahlah kita melihat perubahan negatif seseorang kepada positif dengan menggunakan mata lalat yang hanya tahu mencari keburukan orang lain, gunakanlah mata hati melihat sesuatu dengan pandangan murni.
Lihatlah penampilan baharu dan perubahan seseorang sebagai sumber inspirasi. Jika kita tidak mampu mengikut cara perubahan dilakukan, kita lakukan cara kita sendiri.
Kesihatan adalah sesuatu yang bernilai buat wanita.
Kurus itu tidak semestinya sihat, tetapi mereka yang mengalami berat berlebihan atau obesiti lebih berisiko menghidap penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Sedarikah kita, kesihatan unggul itu ubat segala penyakit?Jika gemuk adalah punca kepada segala "raja penyakit" tidak ada salah dan berdosanya kita ikhtiar sampai jadi kurus dan sihat. Benar atau tidak?
Mahu Kurus Bukan Hanya Dengan Pembedahan
Tidak semestinya kita boleh kurus dengan pembedahan pemintasan usus, senaman dan pengambilan pemakanan seimbang turut memainkan peranan penting. Senaman adalah cara penting untuk menjaga kesihatan dengan baik.
Kajian sains membuktikan senaman boleh menurunkan risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser.
Kajian yang dilaporkan oleh United Kingdom Academy of Medical Royal Colleges menunjukkan, senaman selama 30 minit secara sederhana sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30 peratus
Ramai wanita di luar sana kurus langsing tanpa sebarang pembedahan. Asalkan ada niat baik dan disusuli usaha, pasti impian anda tercapai.
Paling utama, untuk kurus, jagalah pemakanan anda, jadikan senaman sebagai rutin dan jika mahu mengambil sebarang suplemen kurus, dapatkan nasihat doktor.
Malah, pembedahan seperti Bariatrik ini juga perlu merujuk kepada doktor. Tidak semestinya ada mempunyai kemampuan untuk pembiayaan pembedahan, anda layak melakukan pembedahan.
Kredit foto: Page Public Health Malaysia
Jom Kita Fahami Lebih Dekat Apa Itu Pembedahan Pintasan Perut Kerana Ia Bukan Sekadar Untuk Kurus..
Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan?
Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.
Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik
Kredit foto: Google
Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini?
Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.
Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.
Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.
Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.
Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.
Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.
Sumber rujukan: Page Public Health Malaysia
#Gaya Hidup #Kurus #Kesihatan
;