Read

Bapa-Bapa, Tolong Nafkahi dan Ingat Anak-Anak Walau Lepas Cerai, Tak Lepas Nanti Dunia Akhirat.

gempak
Afiza Kamarulzaman
05/07/2020
15:30 MYT
Sponsor Banner
Bapa-Bapa, Tolong Nafkahi dan Ingat Anak-Anak Walau Lepas Cerai, Tak Lepas Nanti Dunia Akhirat.
Hidup di dunia ini kena banyak beringat dan sentiasa muhasabah diri. Kekhilafan hari ini adakala tidak kita sedari natijahnya kerana kebiasaannya terbalas pada masa akan datang. Kalau tidak dibalas di dunia, di akhirat nanti jenuhlah menerima hukumannya.
Maka, setiap apa yang dilakukan, fikirkan dari pelbagai sudut. Paling penting, ingatkan dosa pahala. Jangan sesekali dianiaya orang apatah lagi kepada darah daging sendiri.
Begitu banyak kes penceraian yang berlaku akan disusuli dengan isu bapa yang lari daripada tanggungjawab. Anak-anak diletakkan sepenuh penjagaan di bawah ibunya.
Maka, ramai lelaki yang ambil kesempatan lepas tangan. Jangankan mahu diberi wang perbelanjaan, bertanya khabar anak-anak pun tidak sekali.
Kredit foto: Google
21 Tahun Besarkan Anak-Anak, Suami Pentingkan Keluarga Baru
Kak Zah, 55 antara ribuan wanita yang mengalami nasib malang selepas bercerai dengan suaminya. Dua anak mereka mengikut Kak Zah meneruskan hidup. Manakala suami kahwin lain dan memiliki anak dengan isteri baru. Sejak itu, Kak Zah langsung terputus hubungan dengan bekas suaminya.
Selama bercerai, Kak Zah bertungkus-lumus membesarkan anak-anaknya sehingga mampu memasuki menara gading. Kak Zah lurus orangnya, belajar tidak pandai.
Lantas, Kak Zah tidak tahu bagaimana cara menuntut nafkah di mahkamah. Telan sajalah segala perit getir selama bergelar ibu tunggal.
Kak Zah mengambil upah menjahit, menjaga anak orang dan berjualan makanan di depan rumah. Dengan duit itulah membesarkan anak-anak tanpa satu sen pun pernah diberikan bekas suami.
Dan, baru-baru ini, ada juga bekas suami hubungi Kak Zah, mahu berjumpa anak-anak.
Kata Kak Zah dia tidak pernah memburukkan bapa kepada anak-anaknya itu. Namun, budak-budak menyaksikan sendiri kesengsaraan emaknya meneruskan hidup selepas dibuang sehelai sepinggang, maka janganlah disalahkan mereka apabila tidak lagi punya perasaan sayang kepada bapanya itu.
Anak-anak memilih untuk tidak berjumpa bapa mereka. Apalah daya Kak Zah mahu memaksa? Lain kali beringatlah.
Kredit foto: Google
Anak-Anak Tanggungjawab Sampai di Akhirat
Walaupun ibu dan ayah sudah berpisah. Ingatlah anak-anak itu kekal sebagai amanah yang mesti diteruskan tanggungjawab sehingga akhir hayat kita. Hubungan suami isteri boleh diputuskan, tetapi darah daging dengan anak-anak membawa sampai ke akhirat nanti.
Malah, akan menjadi timbangan untuk kita ke neraka atau syurga.
Mengenai hak-hak yang boleh dituntut di mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:
1. Nafkah Edah 2. Mut'ah 3. Harta Sepencarian 4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah) 5. Nafkah Anak 6. Tunggakan Nafkah 7. Hak Tempat Tinggal
Kredit foto: Google
Nafkah Edah Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.
Muta’ah Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak.
Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.
Harta Sepencarian Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.
Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakann ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Tunggakan Nafkah Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.
Kredit foto: Google
Tunggakan Nafkah Anak Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.
Hak Jagaan Anak Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.
Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Nafkah Anak Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
Hak Tempat Tinggal Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tingga semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live