InTrend menemubual Anzalna sebaik mendarat di Dubai semalam bertanyakan perihal pengalamannya membawa Eidrees yang baru tiga bulan terbang jauh.

Kata Anzalna, “Pada mulanya memang nervous. I thought its going to be a nightmare, hahaha... sebab belum ada pengalaman bawa Eidrees berjalan jauh. Apatah lagi menaiki pesawat.

Lagi pula, Eidrees masih menyusu badan dan inilah faktor utama mengapa Eidrees harus dibawa sama. Tapi kan, kalau pun Eidrees tak menyusu badan pun, Anzalna tetap akan bawa dia bersama.

Aduh, tak bolehlah berpisah lama dengan anak.”




Kredit foto: Anzalna Nasir



Eidrees Jadi Budak Baik

Menurut Anzalna, sebelum bergerak, dia menyusukan Eidrees siap-siap. Begitu juga sebelum mendarat. Inilah perkara paling penting bagi seorang bayi, kalau cukup susunya dan dia dalam keadaan selesa, Insya-Allah semuanya akan menjadi mudah.

Tambah Anzalna, dia tidak mahulah bercakap banyak tentang tips bawa anak travel kerana dia sendiri masih ibu baru, anak pun baru seorang.


Banyak juga dia bertanyakan tips kepada orang lain yang lebih berpengalaman.




Kredit foto: Anzalna Nasir



Sepanjang perjalanan semalam, Eidrees tidak membuat sebarang ‘onar’. Dia kelihatan okey dan gembira sahaja. Macam tahu-tahu saja dia akan berjalan jauh.


Anzalna memang menjaga sendiri anaknya, cuma kalau ada kerja, suami dan keluarga akan bantu tengokkan.

Untuk perjalanan kali ini pun, suami dan ibu ikut sama. Alhamdulillah, boleh tolong tengok-tengokkkan sama terutamanya ketika Anzalna mula sibuk bekerja nanti.






Kredit foto: Anzalna Nasir



Ke Dubai, Paris dan London

Sebenarnya, perjalanan kali ini lebih kepada kerja. Anzalna terlibat dengan penggambaran bersama L’Oreal dan kemudiannya menghadiri jemputan Paris Fashion Week. Alang-alang sudah sampai ke sana, Anzalna merancang terus percutian mereka.

Menariknya, jika sebelum ini Anzalna dan suami ke Paris ketika Eidrees dalam kandungan, kini mereka kembali ke sana bersama Eidrees yang dalam dukungan. Wow, seronoknya!


Pasti Eidrees paling teruja untuk melihat kota romantis itu ‘live’ dari mata bundarnya itu.

Selamat bekerja dan bercuti buat Anzalna dan famili. Semoga selamat pergi dan pulang. Kirim fridge magnet? Hahaha... Eidress, be nice to Mummy okey?




Kredit foto: Anzalna Nasir








Kredit foto: Anzalna Nasir







Kredit foto: Anzalna Nasir