Hiburan
Baru MAJLIS MERISIK Dah All-Out Macam Ni, Masa Kahwin Nanti Tak Tahulah? — ELLY MAZLEIN Nak Merasa...
Kisah lalu jangan dikenang. Elly Mazlein mahu buka lembaran baru bersama cinta hati dan paling penting anaknya, Sara Sefhia.
19 Oktober lalu, Elly telah mengadakan majlis merisik bersama pilihan hatinya yang hanya diperkenalkan sebagai #AwanNano. Percintaan mereka bukan rahsia lagi apabila Kak Lina Pom Pom sudah kerap memberi ‘hint’ di Instagram miliknya.
Walaupun tidak diperjelaskan secara terperinci, namun hubungan itu dilihat serius apabila temannya itu sudah dibawa pulang menemui ayahanda dan dilihat kerap menghabiskan masa bersama anak Elly sendiri.
Akhirnya, mereka menguatkan lagi ikatan itu dengan mengadakan majlis merisik. Walaupun ini akan menjadi perkahwinan ke dua Elly, namun keterujaan penyanyi manja ini bagaikan perkahwinan pertama.
Kredit foto: Elly Mazlein
Semuanya Ditaja Ke?
InTrend sempat berbual santai dengan Elly Mazlein menerusi WhatsApp baru-baru ini. Kata Elly, “Apa yang kami buat pada majlis merisik ini hanyalah untuk meraikan kehidupan baru yang akan kami lalui bersama nanti. Saya dan dia belum pernah merasai majlis merisik ini, jadi kenapa tidak menikmati pengalaman ini bersama yang tersayang.”
Benar, majlisnya sungguh meriah menerusi apa yang dipaparkan Elly di akaun Instagram miliknya. Lagaknya seperti sebuah majlis resepsi. Walaupun hanya di adakan di rumah namun dekorasi dan aturannya sungguh indah.
Saat InTrend bertanyakan adakah Elly mendapat tajaan penuh untuk majlisnya itu? Jawab Elly, “Untunglah kalau dapat sponsor macam tu. Kami kira ini sebagai usaha sama. Insyallah, majlis bertunang dan nikah sanding nanti akan menggunakan khidmat Rekateemor.”
Kredit foto: Elly Mazlein
Bakal Suami Masih Malu
Menjadi tanda tanya apa sebabnya Elly masih mahu merahsiakan wajah bakal suaminya itu? Tak akanlah takut disambar orang? Hahaha...
“Dia orang biasa. Jadi, masih malu-malu untuk menonjolkan diri. Insyallah, apabila dia dah ready nanti pasti kami paparkan kepada semua. Doakan kelancaran majlis kami yang akan berlangsung tidak lagi, okey!”
Kredit foto: Elly Mazlein
Kredit foto: Elly Mazlein
Kredit foto: Elly Mazlein
Kredit foto: Elly Mazlein
Kredit foto: Elly Mazlein
Kredit foto: Elly Mazlein
Must-Watch Video