gaya hidup

Baru Sehari Dua Puasa Dah Sibuk Cari Baju Raya, Kuih Raya? Tak Salahpun, Awal Tak Kalut, Hehehe…

gempak
Huda Hussain
13/04/2021
07:30 MYT
Sponsor Banner
Baru Sehari Dua Puasa Dah Sibuk Cari Baju Raya, Kuih Raya? Tak Salahpun, Awal Tak Kalut, Hehehe…
Alhamdulillah, syukur dilanjutkan usia untuk menyambut kedatangan Ramadan lagi tahun ini. Dan pastinya Ramadan kali ini lebih terasa kemeriahannya berbanding tahun lalu apabila kita dapat menunaikan solat tarawih, berkunjung ke bazar selain berbuka puasa di restoran. Walaupun dalam suasana normal baharu, pematuhan SOP tetap perlu diikuti.
Mungkin terlalu awal untuk berbicara soal persiapan menyambut hari raya sementelah baru hari pertama kita berpuasa. Tetapi penulis yakin ada dalam kalangan kita yang sudah mula berfikir, senaraikan check list dan lebih penting selesa melakukan persediaan awal untuk mengelakkan pelbagai perkara.
Kredit Foto: Instagram
Takut Tiada Saiz, Tempahan Ditutup Lazimnya bagi yang berkeluarga pasti sudah tetapkan atau mula memilih apakah warna tema yang akan dipakai pada pagi Raya nanti. Dan biasanya si isteri merangkap ibu menjadi individu paling sibuk untuk mengurus dan mengendalikan perihal ini. Lantaran tidak mahu tercicir atau tertinggal sesuatu, ada yang selesa melakukannya perlahan-lahan, satu persatu. Ambil masa untuk lengkapkan pakaian seisi keluarga.
Kredit Foto: Instagram
Apa yang mahu ditempah atau dibeli semua perlu diteliti. Dan jika mahu membeli, ada yang selesa memanfaatkan masa awal Ramadan melakukan persiapan. Variasi saiz dan pilihan yang banyak nyata menjadi faktor utama bagi mereka yang memilih untuk melakukan persediaan lebih awal. Pilihan juga banyak kerana rata-rata penjual dan jenama sudah mula mengiklankan setiap barangan juga koleksi masing-masing khususnya di media sosial.
Kredit Foto: Instagram
Elak Kesesakan, Kelam Kabut Memandangkan kita terikat dengan pematuhan SOP di sana-sini lantaran itu, persediaan awal memberi banyak kelebihan misalnya dari aspek pengurusan masa. Bagi mengelakkan berlakunya kesesakan misalnya, maka waktu awal yang ada ini bolehlah dimanfaatkan sebaiknya. Lakukan persediaan peringkat demi peringkat untuk memudahkan kelancaran semuanya. Rancanglah sebaik mungkin. Paling mudah, jika tidak mahu bersesak-sesak gunakan sahaja khidmat personal shopper yang menjimatkan masa dan tenaga anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live