Highlights
Bayangkan Saat PM Umumkan PKP TAMAT! Ini 10 Perkara Rakyat Malaysia Nak Buat. Balik Kampung, Potong Rambut, Gym...
- “Perkara pertama yang saya mahu buat pastinya pulang ke kampung. Kebetulan anak berada di sana dengan atuk dan nenek ketika awal cuti sekolah tempoh hari. Tidak sabar mahu berjumpa dan memeluk ibu dan ayah juga. Semoga cepat-cepatlah Covid-19 ini surut.” – Zarina, 32, Kuala Lumpur.
- “Tempat pertama yang ingin saya tuju ialah salun rambut. Sudah lama tidak potong rambut. Rambut pun dah serupa Hantu Kak Limah. Cuci sendiri tidak sepuas cuci di salun. Aduhai, memang tidak sabar rasanya hendak berjumpa hair stylist kegemaran saya itu.” – Karen, 25, Putrajaya.
Kredit Foto: Google
3. “Saya tidak sabar mahu berjumpa kawan-kawan di pejabat. Aduhai, banyak kerja-kerja terbengkalai. Maklumlah, saya supervsisor, jadi kerja-kerja staf juga berada di bawah seliaan saya. Mujurlah saya tinggal dengan keluarga, tidaklah bosan sangat, Cuma rindu kawan-kawan.” – Kamarul, 37, Pontian.
4. “Kalaulah PM umumkan PKP tamat, saya ingin terus pekena teh tarik di kedai mamak kegemaran saya. Oh, rindu tau! Selalunya, setiap malam saya akan minum teh tarik sambil tonton televisyen di situ. Bayangkanlah, dah berapa puluh hari tak dapat, resah dia lain macam.” – Zafrul, 40, Tanjung Malim.
Kredit Foto: Google
5. “ Pergi bercuti! Tidak kisah ke mana pun, asalkan dapat keluar jalan-jalan bersama keluarga. Sepatutnya saya dan keluarga ke Jepun hujung bulan Mac hari tu, tapi terpaksa kami batalkan. Ni yang nak balas dendam ni, hahaha. Harap-harap cepatlah kita dapat keluar dari wabak ini ya.” – Tasha, 30, Kuantan.
6. “Saya dan suami sudah sepakat, selesai je PKP ini, kami mahu buat doa selamat dan majlis kesyukuran. Rasa insaf jugalah dengan apa yang sudah berlaku, jadi inilah masanya untuk kami berkongsi rezeki dengan orag sekeliling. Tapi tak tahulah, bila? Sebab kemungkinan juga, perhimpunan tidak dibenarkan dalam jangka waktu panjang, kan?” – Khairiah, 39, Tanjung Bidara.
Kredit Foto: Google
7. “Tak impikan banyak, cuma mahu balik ke rumah Mak di Rawang sahaja. Jarak antara kami tidak jauh mana tetapi tetap melebihi 10km. Kasihan Mak tinggal seorang, mujur ada jiran-jiran baik mengambil berat. Cepatlah semua ini berakhir, tak sabar nak peluk cium Mak.” – Umie, 25, Sg.Besi
8. “Nak melawat keluarga mak saudara yang baru meninggal ketika PKP tempoh hari. Mahu ziarah pusaranya, mahu lihat anak-anak yang ditinggalkan arwah. Allahu, sedihnya. Kami memang rapat tapi apakan daya, hanya doa mengiringi pemergiannya tempoh hari.” – Maya, 39, Johor Bahru.
Kredit Foto: Google
9. “Nak pergi spa urut badan, manjakan diri. Badan jadi lemau hampir setiap hari tidur dan makan sahaja. Otak pun jadi tepu. Tak sabar nak rasa badan diurut, dilulur dan dibelai-belai.” – Melati, 27, Kuala Lumpur.
10. “Nak pergi gimnasium! Saya sejenis yang work out hari-hari. Memanglah boleh buat di rumah tapi tidak sama. Di sana, saya ditemani personal trainer dan kami ada kelas tertentu. Harap-harap, cepatlah selesai wabak ni.” – Shakir, 25, Petaling Jaya.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video