Highlights

Beli Aset Ke 10, MILA JIRIN Kongsi Pesanan Nak BERJAYA Dalam Hidup dan Miliki Hartanah Sendiri.

gempak
Huda Hussain
15/02/2020
15:48 MYT
Sponsor Banner
Beli Aset Ke 10, MILA JIRIN Kongsi Pesanan Nak BERJAYA Dalam Hidup dan Miliki Hartanah Sendiri.
Juara Akademi Fantasia musim kelima, Norsyarmilla Jirin atau Mila terus mengukir kejayaan biarpun telah lama meninggalkan dunia seni. Usai mendirikan rumahtangga tanggal 11 November 2015 bersama suri hatinya, Isz Mustapha; Mila melupakan seketika dunia glamor. Menceburi bidang perniagaan Bizmilla Catering yang mempunyai rangkaian luas pakej perkahwinan, dia terus mengorak langkah meluaskan empayar dan cabang perniagaan lain.
Antaranya ialah bisnes busana pengantin, banquet dan peralatan perkahwinan dan terkini, Mila dan suami mengusahakan perniagaan percutian dan pakej umrah dibawah nama Bizmilla Travel. Masya-Allah semakin lebat rezeki dan peluangnya usai berkahwin untuk terus meningkatkan ekonomi membantu anak bangsa.
Kredit Foto: Mila Jirin
Bagi Mila semua itu rezeki Allah. Dan itulah yang berulang kali disebutnya tatkala membalas komen dan ucapan tahniah daripada segenap pengikut yang tidak pernah putus menyokong dan mendoakan kejayaannya. Dan bagi Mila sendiri, dia berpegang kepada prinsip dan asas ini yang terus melonjakkan namanya dalam mencipta kejayaan hingga hari ini.
  1. Jaga Mak Ayah Sebaiknya
Kongsi rezeki dengan mak ayah dan jangan pernah berkira-kira dengan urusan mak ayah. Insya-Allah, Allah akan cukupkan dan yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan.
  1. Taat Pada Suami
Restu doa daripada suami, mak ayah dan mertua adalah asbab kepada kejayaan. Insya-Allah berpeganglah pada kunci ini.
  1. Jaga Hubungan Dengan Allah
Sebab apa? Kerana rezeki ini kan milik Allah. Dan sebenarnya kita ini tak punya apa-apapun. Semuanya hanya pinjaman semata-mata.
Kredit Foto: Mila Jirin
  1. Audit Hubungan Kita Dengan Mereka
Nak berjaya dunia akhirat? Cepat-cepat audit bagaimana hubungan kita dengan mak ayah dan mertua.
  1. Bahagiakan Mak Ayah
Insya-Allah, Allah bahagiakan kita dengan pelbagai kebahagiaan (bukan hanya wang ringgit semata-mata.
  1. Bersederhana Dalam Kehidupan
Insya-Allah, cari keberkatan dan percaya juga yakin dengan kuasa Allah yang akan sentiasa mencukupkan untuk kita.
Kredit Foto: Mila Jirin
Tips Beli Hartanah Cara Mila
  1. Cantikkan aliran tunai
  2. Disiplin dalam perniagaan
  3. Audit perniagaan
  4. Bayar cukai
  5. Jaga kredit sebaiknya terutama CCRIS.
Biarpun dikecam gara-gara memuat naik foto dan video pelbagai kejayaan yang diraih, Mila tetap positif melangkah ke hadapan. Niatnya hanya mahu berkongsi namun disalah erti hingga ada dalam kalangan netizen melemparkan komen dengan mengatakan dia riak menunjukkan semua. Benar, sebaik manapun kita, seikhlas manapun kita berbuat sesuatu pasti ada yang mencemburui. Walau apapun, seharusnya kita berbangga melihat kejayaan anak muda sepertinya yang mencipta nama dalam bidang perniagaan. Teruskan menyokong dan berdoa moga kejayaannya jadi inspirasi buat kita. Harapan kami, semoga Mila terus berjaya untuk membantu dan mencipta peluang pekerjaan buat generasi kita. Dan semoga dipermudahkan semuanya. Go Mila!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live