Jika tidak pada hujung minggu seperti ini, pasti ramai warga kota membanjiri Jalan Tunku Abdul Rahman, sekitar Jalan Masjid India, Bangi, Shah Alam dan banyak lagi lokasi kegemaran membeli-belah kelengkapan baju raya. Namun, semua itu tidak mampu lagi kita lakukan memandangkan PKP mula dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu.


Kredit Foto: Google

Sungguhpun begitu, ia bukan alasan untuk kita ambil mudah dalam melakukan persiapan awal meraikan 1 Syawal. Walaupun hanya beraya dirumah tahun ini dan tidak dapat balik kampung, tetapi semangat beraya harus ada untuk meraikan kemenangan selepas sebulan kita berpuasa. Lihat saja media sosial saban hari, pasti ada foto koleksi baju raya yang dipamerkan menangkap mata dan menarik perhatian anda untuk terus melayarinya.


Lantaran itu, pembelian baju raya secara online kini menjadi satu-satunya pilihan yang ada. Benar, masih terdapat segelintir daripada kita yang gemar melihat, menyentuh tekstur fabrik selain cuba sarungkan baju terlebih dahulu. Namun apakan daya, kita kini perlu mengadaptasi dengan norma baharu yang mengekang kita daripada melakukan pembelian secara konvensional. Justeru, solusinya hanya dihujung jari.


Kredit Foto: Larney


Jenama fesyen kegemaran wanita moden dan urban, Larney melancarkan koleksi baju raya ‘Ready To Wear’ (RTW), Larney Raya 2020 yang menampilkan judul daripada perkataan yang sedang trending atau viral di laman sosial ketika ini. Antaranya Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah, TQ Frontliners Tutu Lace, Social Distancing Dress dan Be Safe Mini Kurung yang diambil daripada kebanyakan butang carian di laman sosial.


Menawarkan 21 rekaan, koleksi Lebaran kali ini menjanjikan peningkatan kualiti baik daripada segi jahitan, pemilihan fabrik dan rekaan yang memenuhi citarasa wanita urban masa kini. Masih mengetengahkan identiti dan DNA Larney, ia disempurnakan dengan pemilihan fabrik selesa seperti sutera satin, kain kapas lembut, renda, kain bermanik dan juga songket.


Kredit Foto: Larney


Menurut pengasas Larney, Zura Zaibidi; pemilihan judul rekaan daripada nama-nama trending berkenaan adalah salah satu cara dalam meningkatkan semangat kebersamaan golongan wanita sepanjang penularan wabak Covid-19 di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

“Jadi, sesuai dengan situasi semasa, Larney memilih nama-nama berkenaan untuk disemadikan di dalam koleksi Raya Larney tahun ini”. Ujarnya lagi, “Saya berpendapat, dengan adanya koleksi baju raya, ia sedikit-sebanyak akan memberi lebih semangat atau cahaya baru buat golongan wanita yang telah terlalu lama duduk di rumah akibat PKP.”


Kredit Foto: Larney


Koleksi Larney Raya 2020 hadir di dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM259 sehingga RM689. Pembelian Larney Raya 2020 boleh dibuat dengan melayari laman web www.larney.com.my atau hubungi 011-23794505.