,
gaya hidup

Belum Ada Ikatan Sah? JANGAN Buat 5 Perkara Ini. Bukan Apa, Si Dia Belum Tentu Milik Kita. Banyak Kena Jaga.

Huda Hussain
23/10/2021
09:40 MYT
Melihat cara muda-mudi yang sedang asyik dilamun cinta bagaikan tiada sifat malu rasanya. Seakan tak peduli halal dan haram, mata yang memandang dan bermacam perihal lagi. Kalau dulu, pasti ada yang masih berpegang kepada prinsip ‘tak manis dilihat orang’. Namun kini, entah di mana silapnya. Apabila ditegur, kita pula dicaci maki, dikatanya tak perlu 'busy body'. Sedangkan menegur itu perlu jika kemungkaran yang ada dihadapan mata. Dan teguran itu pula harus beralas tanpa mengaibkan sesiapa.
Suka penulis nak ingatkan ada beberapa perkara yang harus dijadikan panduan dan peringatan dalam soal berpacaran ini. Seperti yang dikongsikan pengguna media sosial, @Nr Balqis mengenai perihal ini, ada kewajarannya:
  1. Jangan Terlalu Sayang
Janganlah sekali-kali terlalu menyayangi si dia yang belum tentu hak milik mutlak kita hingga menyerahkan segalanya yang ada. Baik lelaki mahupun wanita. Sayang itu biarlah berpada-pada. Apatah lagi mahu dibuktikan cinta yang kononnya sehidup semati, lalu sanggup menggadai maruah diri. Allahu, moga dijauhkan ya.
  1. Jangan Terlalu Berharap
Kerana sebaik-baik tempat untuk kita meletakkan harapan dan bergantung adalah Dia, Yang Esa; maka perihal ini harus dijadikan panduan. Kalau berharap pada makhluk lebih daripada Allah SWT, percayalah pasti ia akan berakhir dengan kekecewaan.
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Terlalu Menunjuk
Ini yang seringkali kita lihat kan? Ke hulu hilir bagai belangkas, serasanya dunia ini hanya milik mereka berdua. Lantaran itu, dipamerkan di media sosial segala aktiviti, ke mana lokasi yang dituju untuk dating hujung minggu, apa hadiah diberi sempena meraikan ulang tahun si dia dan macam-macam lagi. Semuanya dipamer tanpa segan silu, Allahu… Kita yang tengok pula rasa malu. Macam mana tu?
  1. Jangan Terlalu Bangga
Ya, tak salah kalau nak hargai pasangan tetapi bersederhanalah. Tak perlu terlalu bangga punya girlfriend cun, boyfriend handsome hingga melanggar hukum, batas pergaulan dan aurat sesama Islam. Berpegangan tangan sana sini, berdua-duaan… Alahai… memanglah emak ayah tak Nampak. Tapi yang Di Atas Sana tu, yang di kiri dan kanan kita tu? Huhuhu…
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Permainkan Hatinya
Kalau tiada niat untuk menikahi, menjadikan si dia yang halal untuk diri kamu; maka sebaiknya lupakan sahaja. Nak berkawan tak salah tetapi jika benar-benar ikhlas mahukan si dia, berusahalah untuk menghalalkan hubungan itu dengan ikatan yang sah disisi agama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

Mahu Elak Penyakit Ain, Riena Diana Kurangkan Perkongsian Bersama Keith Foo - “Saya Tahu Keadaan Mental…”

gempak
17/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Riena Diana mengakui dia kini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian di laman sosial bersama kekasih hati yang juga aktor Keith Foo.
Viral

UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

gempak
15/10/2024
03:28 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil berkongsi penjelasan mengenai hukum seorang isteri yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh iddah.
Hiburan

“Saya Akan Elak Bercinta Dengan Suami Orang” - Arabella

gempak
04/10/2024
07:55 MYT
Pelakon baharu, Arabella Ellen, menegaskan akan cuba mengelak daripada terlibat dalam cinta lokasi, terutamanya yang membabitkan suami orang.
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
Unitar