Highlights

Belum Cukup MERDEKA Jika Kita Masih Ada Sikap Begini – Buang Sampah Merata, Tak Nak Beratur, Malas, Rasuah dan...

gempak
Afiza Kamarulzaman
25/08/2020
15:30 MYT
Sponsor Banner
Belum Cukup MERDEKA Jika Kita Masih Ada Sikap Begini – Buang Sampah Merata, Tak Nak Beratur, Malas, Rasuah dan...
Syukur negara kita masih terus aman selepas 63 tahun bebeas daripada penjajah. Ucapan terima kasih saja pastinya tidak cukup untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air yang bertarung nyawa menyelamatkan negara ini daripada terus dikuasai bangsa asing.
Dan hari ini, sebagai anak generasi baru, apa pula jasa kita kepada negara tercinta ini? Kita mungkin tidak perlu lagi mengangkat senapang atau parang untuk melawan penjajah, namun kita masih boleh meneruskan perjuangan yang ditinggalkan itu demi memastikan negara kekal bermaruah dan berdaulat.
Jawapannya mudah sahaja; tetaplah menjadi rakyat Malaysia yang baik, membanggakan negara dan tidak sesekali menjatuhkan nama negara kita sendiri. Kita adalah duta kepada Malaysia walau di mana jua kita berada. Maka, peliharalah sikap yang baik dalam memastikan kita adalah rakyat Malaysia yang bertamadun dan budiman.
Kredit Foto: Google
  1. Sikap Buruk Rakyat Malaysia Mesti Hindari:
  1. Suka membuang sampah merata-rata dan pengotor. Tolonglah terapkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar ini. Jadilah rakyat yang sukakan kebersihan dan ringan tulang untuk membuang sampah ke dalam tong sampah.
  1. Potong barisan atau tidak mahu beratur. Sikap ini diakui ada dalam kebanyakan diri rakyat luar negara. Ia dapat dilihat apabila kita melancong atau menunaikan Haji. Rakyat kita masih dikategorikan sebagai ‘dengar cakap’ apabila berada di negara orang. Yang menjadi masalah, apabila kita bersikap sebaliknya apabila berada dalam kalangan rakyat setempat. Kenapa ya?
  1. Pemalas! Adakah kerana kerajaan menyediakan begitu banyak kemudahan atau subsidi menjadikan ada sesetengah rakyat kita bersikap sambil-lewa walau terhadap kehidupan sendiri? Ayuh, bangun dan ubahlah nasib sendiri dengan berusaha menjadi seorang yang rajin bekerja.
  1. Selfish ketika berada di jalan raya. Entah kenapa apabila mula memegang stereng, kebanyakan orang kita mula berubah sikap. Semua peraturan mahu dilanggar. Langgar lampu isyarat, tidak memberi isyarat untuk membelok, bersikap biadap dan lain-lainnya yang boleh dikategorikan sebagai tidak bertamadun.
  1. Vandalisme bukanlah satu sikap buruk yang baru namun ia sentiasa berlaku tidak kira zaman. Entah kenapa ada sahaja ‘tangan-tangan gatal’ yang suka merosakkan harta benda awam. Tindakan lebih tegas harus diwartakan untuk golongan seperti ini.
  1. Utamakan orang yang sepatutnya apabila berada dalam pengangkutan atau tempat awam seperti orang kelainan upaya (OKU), warga tua dan wanita mengandung. Jangan diambil hak mereka dari segi tempat duduk atau keutamaan untuk menggunakan lif misalnya.
  1. Parking di ruang orang kurang upaya (OKU). Ia satu tindakan yang sangat memalukan.
  1. Bersikap perkauman. Tolong fahami dan hormati sensitiviti setiap kaum kerana kita mahu hidup harmoni dalam satu negara berbilang kaum. Ia satu sikap yang ‘out-dated’
  1. Rasuah? Inilah virus terbesar dalam kemakmuran negara kita. Pihak atasan harus mengetatkan lagi undang-undang berkaitan rasuah dari akar umbi.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024