Highlights
Bercuti – Ketahui Apa Kebaikan Dan Kelebihannya. Bukan Saja-Saja Atau Sesuka Hati Nak ‘Leburkan’ Duit, Hehehe…
Bukan sahaja mahu membantu industri perhotelan dan pelancongan yang amat terkesan dengan pandemik Covid-19. Tetapi hakikatnya selepas penat bekerja dan belajar, kita sememangnya memerlukan masa untuk berehat. Tinggalkan seketika rutin harian biasa yang diulangi saban hari. Lupakan sekejap bebanan kerja yang takkan pernah habis. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan untuk mencipta memori yang akan dikenang.
Mengapa disarankan untuk melancong atau bercuti seketika? Kerana menurut kajian mendapati melancong sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan. Sama ada di dalam atau luar negara, melancong bukan sahaja dapat memberi kita peluang untuk mengembara ke tempat baru, tetapi juga mendapat pelbagai pengalaman menarik dan menambah kenalan baru. Jadi, apa sebenarnya kebaikan melancong selain meningkatkan kesihatan tubuh badan?
Kredit Foto: Google
- Tingkatkan Kemahiran Komunikasi Dan Sosial
2. Tingkatkan Kreativiti
Melancong dipercayai boleh menjana daya kreativiti minda seseorang. Apabila anda keluar dari zon selesa, minda anda akan menjadi semakin kreatif. Untuk membangun rangkaian neural di dalam otak yang mencetus idea baharu, cuba keluar dari zon selesa anda.
3. Kenali Budaya Berbeza
Dapat memahami dan mengenali satu budaya yang sangat berbeza adalah salah satu kebaikan melancong. Jika sebelum ini anda mungkin banyak membaca artikel atau membaca di laman sosial tentang keunikan dan kelainan sesetengah budaya dari negeri lain, tetapi itu tidak bermakna anda sudah memahami sesebuah budaya tersebut. Anda mungkin mempunyai satu perspektif terhadap sesuatu budaya selepas membaca tentangnya, tetapi ia sebenarnya sangat berbeza apabila anda sendiri dapat melawat dan mengenali sesebuah budaya itu dengan lebih dekat.
Kredit Foto: Google
4. Mengajar Erti Toleransi
Ketika melancong, anda mungkin berada dalam satu situasi di mana sesuatu yang dirancang tidak berjalan dengan lancar. Ketika ini, sifat bersabar dan toleransi amat dituntu agar ia tidak mengganggu perjalanan anda. Anda juga perlu bijak merancang dan siap sedia dengan pelan susulan. Jadi, tak perlulah terlalu risau atau cepat panik.
5. Beri Peluang Kenali Diri Sendiri
Ketika bercuti, ada kemungkinan anda akan mengalami sesuatu yang tidak pernah dialami pada hari-hari biasa. Hal-hal seperti ini sebenarnya boleh membantu mengenali diri sendiri lebih baik dan bagaimana anda akan menangani masalah tersebut sekiranya ia terjadi lagi pada masa akan datang. Adakah anda seorang yang penyabar atau hanya duduk diam menunggu orang lain yang menyelesaikan masalah, secara tidak langsung anda akan mengenali diri sendiri jika sesuatu berlaku.
Kredit Foto: Google
6. Eratkan Silaturahim Sesama Rakan Dan Keluarga
Apabila anda melancong bersama rakan atau keluarga, pasti akan berlaku bermacam-macam perkara sama ada yang baik atau sebaliknya. Namun, semua yang terjadi sepanjang pengembaraan anda bersama mereka inilah sebenarnya yang membuat anda semakin mengenali mereka dan mengeratkan silaturrahim sedia ada. Bahkan mungkin anda akan lebih menghargai keberadaan mereka selama ini.
7. Cuba Sesuatu Yang Baharu
Salah satu kebaikan melancong adalah apabila kita dapat mencuba sesuatu yang baharu. Kebiasaannya ketika kita berada di negara sendiri, kita lebih senang untuk kekal di dalam zon selesa tanpa mencuba sesuatu yang baharu. Tetapi apabila kita melancong, suka atau tidak, kita pasti kena mencuba sesuatu yang baharu. Bermula dari perkara kecil seperti mencuba makanan tempatan yang unik sehinggalah ke aktiviti lasak seperti menyelam skuba, terjun bungy atau skydiving.
Kredit Foto: Google
8. Beri Anda Memori Dan Pengalaman Yang Takkan Dilupakan
Apabila anda melancong, anda mungkin akan melawat satu lokasi dengan pemandangan yang sangat indah dan mungkin tiada di tempat asal anda. Melihat kepulauan misalnya cukup mendamaikan. Apatah lagi dengan pemandangan gunung-ganang dan bukit-bukau menghijau sangat menenangkan. Anda juga mungkin mencuba aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Anda mungkin juga akan berjumpa dengan seseorang yang mengubah persepsi anda terhadap kehidupan. Kesimpulannya, melancong memberi anda pelbagai memori dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.Sumber: www.aia.com.my/
Must-Watch Video