Hari ini, 27 September 2021, ada beberapa perkhabaran gembira yang kita dengar. Antara yang ketara ialah data mengenai perkembangan kes baru Covid-19 yang dicatatkan Malaysia. Menerusi data yang dikeluarkan CPRC Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini kes positif dicatatkan sebanyak 10,959.


Rata-rata negeri menunjukkan penurunan kes baru. Jumlah keseluruhan kes ialah 2,209,194. Kita mengharapkan kes akan turun dari hari ke hari sehingga membolehkan kita hidup seperti sedia kala dengan penerapan SOP yang ditetapkan dalam aktiviti seharian. Peningkatan suntikan vaksin dikatakan antara faktor penyumbang utama pada penurunan angka tersebut.



A post shared by AstroAWANI (@501awani)





KKM Akan Benarkan Suami Teman Isteri Melahirkan Anak


Hari ini juga, ramai bakal ibu yang akan melahirkan anak melahirkan rasa syukur dan lega apabila Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara tersebut di laman Twitter.Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan.


Memetik laporan Awani, kata Khairy, "Saya telah minta Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi, menjalankan ujian COVID-19 dan sekiranya negatif dibenarkan untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin," katanya.


Beliau berkata demikian selepas ditanya seorang pengguna Twitter agar mempertimbangkan supaya suami dibenarkan untuk menemani isteri di bilik bersalin sekiranya telah lengkap vaksinasi dan melakukan ujian saringan COVID-19.


Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam jawapan balasnya turut menyatakan,"Ya, akan melakukan perkara yang diperlukan”.




A post shared by Lutfi Ramli (@lutfiamriramli)





Ramalan 5 Oktober Capai Kadar Suntikan Dewasa 90%?

Dalam pada itu, rata-rata rakyat Malaysia turut teruja dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia beberapa hari lepas berkenaan kebearan merentas negeri yang kemungkinan diputuskan selepas negara mencapai kadar vaksinasi dewasa sebanyak 90%.


Persoalannya bilakah kadar itu akan berjaya dicapai?


Menerusi perkongsian seorang Pensyarah dan Pengkaji bernama, Lutfi Amri Ramli, beliau menjangkakan kadar suntikan vaksinasi populasi dewasa bakal kita capai pada tarikh 5 Oktober 2021 melalui data vaksin harian yang dicatatkan, sebagai contoh dari 19 Sept hingga 25 Sept.

Daripada data itu beliau suaikan dalam bentuk linear atau garis lurus. Kemudian, garis itu dipanjangkan. Dan garis graf 90% itu hanya dapat dilepasi pada atau selepas 5 Oktober. Bagaimana pun, ketepatan data ini bergatung pada konsistensi suntikan harian dos ke dua jika ia menunjukkan angka yang lebih kurang sama setiap hari.


Apa pun ini hanya ramalan. Diharapkan rakyat Malaysia akan turut sama memberi kerjasama terutama buat mereka yang masih teragak-agak untuk mendapatkan suntikan vaksin ini. Sama-sama kita doakan adanya harapan dan sinar baru kepada Malaysia dan dunia.