gaya hidup

Bermula Dengan Niat, Besar Hajat Ustaz Ebit Lew Mahu Salur Bantuan Ke Gaza, Palestin. Tetapi…

gempak
Huda Hussain
12/07/2021
10:47 MYT
Sponsor Banner
Bermula Dengan Niat, Besar Hajat Ustaz Ebit Lew Mahu Salur Bantuan Ke Gaza, Palestin. Tetapi…
Episod 33 Jejak Ebit Lew kali ini cukup istimewa dan pastinya berbekas di hati figura kemanusiaan ini juga setiap yang menonton. Terlintas dengan niat untuk membantu, pelbagai proses perlu dilalui sebelum Dia izinkan delegasi ini masuk ke Gaza, Palestin.
Kredit Foto: Astro Prima
Misi Kemanusiaan Gaza Siri 1 bermula apabila Ustaz Ebit Lew sendiri menghantar beberapa klip video dalam WhatsApp group kumpulannya yang selama ini melaksanakan misi membantu mereka yang memerlukan diseluruh negara. Berkongsi kisah permulaan gerakan misi ini, salah seorang sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, Ustaz Haji Zulhazwan Ismail, berkata “Kali ini team agak terkejut dan terkesima apabila semua perlu siap untuk misi bantuan ke Gaza. Saya berhubung dengan Ustaz Majdi, sahabat saya yang berada di Mesir untuk urusan perjalanan kita untuk masuk ke Gaza dan keluar melalui Mesir,” ujarnya.
Dan bagi Ustaz Majdi pula, setelah dihubungi untuk menguruskan seramai 15 orang rombongan, dia dan NGO Mesir akan cuba membantu sehabis baik bagi menyempurnakan misi ini. Seorang lagi sukarelawan, Kamariduan Mohd Nor pula dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan bersama pihak Wisma Putra, Imigresen, kedutaan Malaysia di Mesir. Ini adalah kali ketiga kita membuat permohonan ke luar negara. Kita maklum dan faham dengan keadaan pandemik sekarang agak susah. Tapi dengan izin Allah, kemudiannya diizinkan juga kami ke sana,” jelasnya mengimbas momen permulaan kepada misi ini.
Tanggal 25 Mei maka berangkatlah delegasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat 10 malam diiringi doa daripada seluruh rakyat Malaysia. Penerbangan yang ditaja Turkish Airlines ini selamat tiba jam 7 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir. Disambut dengan kedutaan Malaysia di sana, delegasi ini mendapat sokongan penuh daripada Wisma Putra.
Kredit Foto: Astro Prima
Hari Pertama di Kaherah Mesir Menurut Ustaz Majdi, “Kalau di Mesir ni kita perlu juga berhati-hati sebab tak semua tempat boleh record, ambil gambar kerana ia telah diwartakan oleh kerajaan Mesir untuk pelancong yang datang ke Mesir. Kongsi Ustaz Ebit lagi , “Sampai di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia (Cairo) kita perlu follow up dan ambil masa untuk kemaskini dokumen dan beberapa perkara penting yang lain.”
Sementara menunggu beberapa urusan, delegasi turut berkesemapatan menziarahi beberapa masjid tekenal sekitar Kaherah untuk berdoa memohon keberkatan agar urusan misi dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. “Ambil keberkatan berdoa dan solat di masjid-masjid di bumi para anbia dan disini juga Salahudin Al Ayubi dibebaskan. Disini juga dikebumikan Imam Syafie dan kami sempat ziarah kawasan sekitar makam Imam Syafie.” Terang Ustaz Ebit.
Kredit Foto: Astro Prima
Hari Kedua Misi Memasuki hari kedua, delegasi bergerak untuk mengadakan pertemuan empat mata bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Ia bertujuan membincangkan secara terperinci bagi membeli kelengkapan perubatan dan membawa bekalan ubat-ubatan yang akan dibawa ke Gaza, Palestin. Seawal 8.00 pagi mereka tiba di Egyptian Red Crescent.
“Kita order dua trailer. Satu untuk bawa ubat-ubatan. Satu lagi bawa makanan. Di sinilah pusat pengagihan bekalan ubat-ubatan yang menguruskan bekalan untuk dibawa masuk ke Gaza. Semua badan-badan NGO dan sumbangan seluruh dunia akan melalui proses sama iaitu Red Crescent yang akan bantu untuk uruskan,” kongsi Ustaz Ebit.
Berkongsi mengenai perjalanan ini, ujar sukarelawan Kamariduan, “Untuk masuk ke Palestin ada dua jalan. Satu dari Jordan yang boleh terus ke Baitul Maqdis. Dan untuk ke Gaza, kita mesti melalui Pintu Rafah. Ia adalah sempadan diantara Mesir dan Palestin. Sebab itulah kita pilih untuk melalui Pintu Rafah. Alhamdulillah kita dapat persetujuan dan kerjasama daripada Egyptian Red Crescent (ERC) untuk urusan pembelian barang, sedikit keperluan makanan dan ubat-ubatan. Kita wakilkan ERC untuk hantar semua ini kepada saudara kita di Palestin.” hurainya lanjut.
Kredit Foto: Astro Prima
Tambah Ustaz Ebit lagi, “Kita sudah bincangkan di Malaysia lagi bersama Dato Sri Hishamuddin, Wisma Putra dan pihak kedutaan disini untuk memberikan sumbangan ini. Kita bawa semua ini hasil sumbangan orang ramai yang bakinya saya guna untuk salurkan ke sini. Saya tak kutip sumbangan khas untuk Palestin. Jadi memang kita niatkan sebahagian daripada apa yang kita ada ni diberi untuk saudara kita. Ada juga sumbangan saya secara peribadi,” terangnya terperinci.
Kesempatan waktu yang ada turut digunakan Ustaz Ebit dan delegasi untuk melawat beberapa kawasan perumahan pelajar Malaysia. Terletak di Seksyen 10, kongsi Ustaz Majdi, “Kita akan ke rumah anak-anak negeri Malaysia. Ada yang terdiri daripada pelajar jurusan Pengajian Islam, Perubatan dan lain-lain,” kongsinya ketika dalam perjalanan menuju ke sana.
Kredit Foto: Astro Prima
Inisiatif gabungan pelajar-pelajar ini, mereka turut mengadakan kutipan untuk disalurkan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin. Dalam masa sama, mereka turut melakukan solat hajat dan berdoa seperti melazimi bacaan qunut nazilah. Sebagai salah satu ikhtiar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di sana.
Harapan Ustaz Ebit Lew “Kita datang ke sini dengan tiga niat. Pertama kalau boleh kita nak masuk ke Gaza. Tapi dalam masa sama kita tahu waktu itu tengah perang. Tapi kalau susah memang kita niat untuk hantar sampai ke sempadan dan serahkan kepada pihak tertentu. Ketiga yang kita tahu, jalan mudah atau dibukakan pintu adalah melalui bantuan ERC kerana merekalah yang dibenarkan untuk mengambil pesakit dan keluar masuk di pintu sempadan,” jelasnya.
Kredit Foto: Astro Prima
Besar hajat dan harapan Ustaz Ebit Lew untuk membina Rumah Kasih Umat untuk anak-anak yatim di sana. Malah menjadi impiannya dan delegasi untuk menziarahi kem-kem pelarian yang menempatkan mangsa perang Palestin. “Setiap kesusahan dan kelaparan orang lain, kita perlu beri perhatian. Kita tahu anak-anak ini contohnya, ada yang trauma kerana bermacam sebab kesan daripada peperangan. Jadi kita akan cuba gembirakan mereka sedaya yang termampu. Selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Doakan semuanya dipermudahkan. Semua orang tahu betapa rumit dan susahnya proses untuk masuk ke sana sebab ia adalah kawasan perang. Dengan musim Covid-19 pula, banyak cabaran yang perlu ditempuh. Tapi semua itu adalah kekuatan untuk kita. Disebaliknya ada rahmat daripada Allah, Insha-Allah,” kongsinya mengakhiri temubual.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live