Highlights
Berpuasa Ketika PKP Ni Rasa Cepat Betul Masa Berlalu – Sahur, Masak, Berbuka, Tarawih, Mengudap, Akhirnya Tidur!
Ramadan paling berbeza rasanya tahun ini. Satu dunia merasainya dek penangan Coronovirus yang masih menggila dan tidak lagi dapat penawarnya. Apa boleh buat, kebetulan pula penguatkuasaan PKP berlaku pada bulan Ramadan, maka terpaksalah kita jalani dengan serba sederhana dengan mengurangkan aktiviti di luar seperti tiada lagi ke masjid atau mengunjungi sanak-saudara untuk berbuka bersama.
Sebelum kedatangan Ramadan, penulis berasakan mungkin puasa kali ini akan menjadi puasa paling panjang dirasai kerana hanya mampu duduk di rumah dengan aktiviti yang terbatas. Sungguh, kita hanya mampu menelah tetapi takdir Tuhan itu putusnya. Berbeza pula apabila mula melalui detik-detik Ramadan itu. Daripada hari pertama berpuasa sehinggalah ke hari ini, terasa perjalanan hari begitu pantas sehingga tidak sedar sudah masuk waktu berbuka.
Kredit Foto: Google
Masa Tidak Disia-siakan Dengan Perkara Lagha
Antara hikmahnya apabila banyak masa dihabiskan di rumah, kita lebih fokus dengan ibadah yang sedang diusahakan, yakni puasa. Kita menjaga semuanya yang membatalkan puasa atau mendatangkan makruh. Tiada lagi kita menghabiskan masa dengan berkata-kata yang sia-sia atau mengumpat antara satu sama lain. Menjaga pendengaran daripada mendengar perkara yang tidak baik juga melindungi mata daripada melihat pemandangan yang buruk.
Ramai antara kita fokus dengan ibadah kepada tuhan. Jika selama ini kita berpuasa sambil bekerja, maka masa untuk benar-benar menumpukan pada amal ibadat itu agak terhad. Namun, dengan PKP ini kita dapat melipatkgandakan amalan dengan bonus dapat bertadarus, solat sunat setiap waktu, berzikir sehinggalah khatam Quran. Inilah yang kita mahukan apabila banyak masa dihabiskan di rumah.
Kredit Foto: Google
Tidak Sedar Masa Berlalu
Ya, ini yang berlaku sejujurnya. Saat bangun sahur sehinggalah matahri tenggelam dan azan Magrib pun berkumandang. Masa dirasakan berjalan terlalu pantas. Bagi seorang suri rumah, menyelesaikan kerja-kerja rumahs sahaja sudah menuntut separuh hari masanya. Belum lagi apabila harus memasak juadah berbuka yang pelbagai dan kemudiannya bersolat tarawih bersama seisi keluarga.
Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini membekaskan kenangan paling indah buat kita semua. Jadikan ia satu memori yang positif yang menjadikan kita muhasabah dengan kehidupan ini. Menjadi orang yang lebih bersyukur, bersangka baik, pandai menguruskan masa dan menjaga silaturahim sesama ahli keluarga. Covid-19 hanyalah asbab kita perlu duduk di rumah, hakikatnya Allah mahu kita fokus kepada sesuatu yang selama ini kita abaikan.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video