Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bersahur di Dunia, Berbuka di Syurga — Indahnya Perjalanan Arwah

Public Anonymous User
18/05/2019 16:46 MYT

Oleh: Afiza Kamarulzaman

Kredit foto: IG faziani_rohban

BUKANKAH sudah dikhabarkan bahawa ajal maut itu janji yang pasti. Ia rahsia Allah yang tiada siapa mampu merungkainya. Jika sampai masanya daun yang tertulis nama kita itu gugur, tidak sesaat pun ia mampu dipinda.

Tanpa apa-apa sakit mahupun petanda, Hajah Faziani Robhan dijemput Illahi setelah mengalami kemalangan jalan raya bersama suaminya yang dilaporkan cedera. Arwah dikatakan dalam perjalanan mahu membayar zakat di salah sebuah pondok tahfiz di Pattani, Thailand.

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Pada usia 39 tahun, di bulan Ramadan yang mulia ini arwah dijemput pulang. Ramai kalangan suadara-mara, sahabat-handai, kenalan jauh dan dekat, pengikut setia arwah yang berkongsi kesedihan dan kata-kata indah buat menemani perjalanan arwah menemui penciptaNya.

Rata-rata berkongsi perkara yang sama; arwah seorang yang sangat baik, tinggi budi-pekertinya, berakhlak mulia dan tiada satu pun yang buruk dikenangi. Benarlah kata orang, jika baik budi yang kita tinggalkan di dunia ini, sampai ke mati orang akan mengingati kebaikan itu.

Tidak kira sama ada yang kenal rapat atau sekadar menyapa di alam maya.

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Baru Tiga Hari Pulang Dari Mekah

Arwah sempat mengerjakan umrah bersama keluarganya di awal Ramadan tempoh hari. Di akaun Instagram miliknya, arwah berkongsi kegembiraannya berpuasa di Tanah Suci itu. Menurut arwah, sekali dapat merasa berpuasa di Madinah dan Mekah, pasti ingin kembali menikmatinya setiap kali Ramadan.

Masih terkejut.. Macam tak percaya.. Sekelip mata.. Menggigil tubuh saya dapat mesej.. Dinars dah meninggal.. . . ARWAH FAZIANI.@faziani_rohban . RAKAN SEPERJUANGAN PERNIAGAAN Kematian yg dicemburui.. Bulan baik.. bulan ramadhan.. Dalam perjalanan hantar zakat utk anak yatim.. Baru balik umrah.. Seorang yg kuat beribadat. Selalu pergi umrahh.. Saya sendiri jeles dgn arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat.. MALAH SY BILA KE MEKAH..AKAN IKUT CARA ARWAH YG MMG PULUNG BUAT UMRAH BERKALI KALI SEHARI.. . . BARU BARU NI.. Saya perasan wajah arwah lain .. Masa dok up up gambar kat IG.. Sya buat terjemahan sendiri.. Bagai bagai..bila rasa lain raut wajahnya . . Selepas balik dari umrah 3 hari.. Kejar ibadat lagi.. . Sayuu.. ? Allah yg tahu.. Last bertemu dan bersembang panjang kat Tanah Merah ..rumah kak Ti masyrik.. . . ALLAH SAYANG ARWAH.. SEORANG YG BERHATI MULIA.. SYURGA MENANTI MU SAHABAT.. Mari sama2 kita sedekahkan al fatihah kpd arwah.. . Al Fatihah .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Menurut perkongsian sahabatnya, Dato Vida, arwah kerap dijemput menjadi tetamu Allah. Beliau sangat mencemburui arwah yang ‘tamak pahala’.

Satu amalan yang diikutinya, setiap kali menunaikan umrah, arwah akan pulun melakukan umrah sebanyak yang boleh dalam satu hari.

Dato Vida yakin, banyak bekalan yang mengiringi arwah pulang ke ‘sana’. Dato Vida juga memberitahu, beliau dapat merasakan kelainan pada wajah arwah selepas pulang dari menunaikan umrah. Kelainan yang tidak dapat dirungkainya.

Hanya arwah dan PenciptaNya yang tahu apa agaknya doa terakhir arwah di depan kaabah tempoh hari? Allahu...

Selepas pulang ke tanah air, arwah dikhabarkan sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Jakarta pula. Arwah tidak berhenti melakukan segala amalan baik malah dilihat lebih agresif sebaik pulang dari Mekah.

Kredit foto: IG faziani_rohban

Rupanya Majlis Tahlil Untuk Diri Sendiri

Satu lagi perkara menarik yang dikhabarkan tentang arwah sebelum perjalanan akhirnya itu, arwah sempat mengatur majlis bacaan Quran di rumahnya selama 40 hari bermula malam semalam (13 Ramadan).

Arwah sudah pun menjemput anak-anak dari Madrasah Ahbabulmustafa Al Islamiah, Kampung Menjual, Tumpat untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini berserta menganjurkan majlis tahlil buat arwah bapanya yang juga meninggal di bulan Ramadan, 15 tahun lalu.

Kredit foto: IG faziani_rohban

Menurut orang kuat dari madrasah tersebut, sudah empat tahun arwah menjadi penaja kepada anak-anak tahfiz di situ.

Mereka sendiri tidak menyangka, majlis yang bermula malam ini adalah majlis untuk dirinya sendiri, seperti arwah sudah tahu aturan ini dan mahu iringan terakhirnya dilakukan dengan sempurna. Subhanallah...

Tergesa-gesa Mahu Selesaikan Infak, Sedekah, Zakat

Seperti yang selalu diceritakan kebanyakan orang yang berdepan dengan sikap seseorang yang mahu pergi, ada kalanya lain dari kebiasaan, ini diakui oleh pembantu peribadi arwah juga.

Menurut pembantu arwah, arwah Faziani dilihat begitu tergesa-gesa mahu menyelesaikan segala urusan penting beliau terutamanya yang melibatkan pemberian zakat, infak dan sedekah.

Semuanya mahu disalurkan secepatnya kepada pertubuhan kebajikan, pondok-pondok pengajian juga individu yang memerlukan secara peribadi.

Arwah seperti sudah dapat merasakan masanya sudah semakin hampir. Arwah tidak punya banyak masa untuk berlengah.

Segala-gala kewajiban harus diselesaikan. Arwah mahu pergi dengan tenang dan dalam keadaan yang benar-benar bersedia.

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Arwah Seorang yang Pemurah, Suka Menjamu, Berkongsi Ilmu...

Arwah dikatakan sangat pemurah dan dermawan. Banyak pondok-pondok tahfiz, rumah-rumah kebajikan yang mendapat bantuan arwah, walau tidak banyak liputan yang diberi kerana sifat arwah yang ‘humble’.

Arwah juga dikatakan suka menjamu sahabat-handai makan dan melayan para tetamu dengan baik kala bertandang ke rumahnya.

Seperti perkongsian salah seorang sahabatnya, Shahida Dherbs, arwah yang dipanggil Kak Yanie itu sangat luhur budi pekertinya.

Setiap kali ke Kelantan, arwah akan membekalkan pelbagai jenis makanan kepada beliau sehingga beliau pernah bergurau kepada arwah, rasa seperti arwah ini seorang mak yang bekalkan anak makanan nak balik asrama.

Begitulah beratnya arwah kepada sahabat-handai yang disayanginya.

Kakak @faziani_rohban kesayanganku, insan yang baik budi pekertinya... Cepatnya dikau pergi meninggalkan kami, kali terakhir berjumpa dengan di Majlis berinaiku, tapi dikau tak pernah lupa untuk message bertanyakan khabar, sering memberikan sokongan buatku, dikau seorang yang terlalu baik untukku? Kak, semoga Allah tempatkan mu di Kalangan orang yang beriman. I love you kak, seorang yang baik dan sangat humble. Antara insan yang paling kusanjung tinggi. Masih terkejut dengan pemergian mu kak? Kepada semua followers ku, mohon sedekahkan Al Fatihah buat kak Faziani yang baru saja meninggal dalam kemalangan jalan raya. Please ? Al Fatihah . Sepatutnya kita plan berbuka bersama malam ni dan kakak dah cakap dalam group akan berjumpa untuk IFTAR DS @aliffsyukriterlajaklaris malam ni kak? Tak apa, saya pergi ke KB untuk jumpa kakak untuk kali terakhir? Takkan ada lagi message kakak , dan tiada lagi balasan texting daripada kakak dalam 4 group whatsapp kita bersama lepas ni. ☹️ ...tetapi segala nasihat kak akan Sha ingat sampai bila2... Allahuakbar, Inalillah I will remember you kak, kenangan kita bersama takkan ku lupa. ?❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Aliff Syukri juga berkongsi; Sepatutnya arwah bertemu beliau malam ini, namun tidak kesampaian. Beliau juga menyifatkan arwah seorang yang terlalu baik hatinya, tidak pernah memburukkan orang walaupun dirinya diburukkan.

Fasha Sandha yang juga antara sahabat baiknya, menganggap arwah seperti kakaknya sendiri.

Kali terakhir berjumpa ketika majlis berinainya tempoh hari. Fasha juga memberitahu bahawa begitu ramai orang yang menyenangi dan menyayangi arwah.

knp ramai org yg saya syg pergi...dia dah janji nak jumpa saya malam ni?sahabt sy tolong doakan arwah . . Sedih terkejut menggigil kaki saya menerima perkhabaran sahabat seperjuangan bisnes saya kak @faziani_rohban kosmetik dan dnars.. telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan pagi tadi... . jujurnya pahit utk sy tulis ini sbb saya kenal kak faziani lebih 15tahun... ketika berniaga dipasar lagi sehinggalah beliau berjaya...saya terus terimbau kembali kebaikan kak faziani orangnya sangat 2 baik...setiap tahun bagi sumbangan dan ke umrah....ikhlas dan tidak pernah memburukkan org lain walau di diburukkan malah dia janji nak dtg majlis saya malam utk iftar siap booking 2org .. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh dan rezeki arwah pergi pada bulan ramadhan yg penuh keberkatan...malam ni lps majlis sy akan ke kelantan demi akak .. tanda peringatan dan penghormatan terakhir kri kat akak.. alfatiha???

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Innalillahwainahirojiun ... saya sgt terkejut dengan berita kehilangan kakak , sahabat yg tidak putus dengan nasihat.. tidak Lekang dengan senyuman... hilanglah seorang kakak yang suka menyakat dan bergurau dengan rita. Ya allah arwah sgt baik... xdpt nak diucapkan dgn kata-kata.. biarlah video nie jadi kenangan Antara saya dan arwah... ya allah ampunkan doakan beliau... permudahkan segala urusan pegebumianya.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh...amin ya rabbal alamin.

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

Selamat Jalan...

Walaupun tidak mengenali rapat dengan arwah, namun dari segala perkongsi teman-temannya, dapat dibayangkan keperibadian arwah yang sangat baik.

Bahagian dan rezeki arwah. Diberi limpahan kekayaan di dunia dan keindahan perjalanan ke negeri abadi. Insya-Allah.

Dengan segala amalannya memanfaatkan kelebihan yang diberi di dunia ini dengan menjadi ‘jambatan’ membantu yang memerlukan, maka berbahagialah arwah di sana nanti. Salam takziah daripada warga InTrend Malaysia buat keluarga arwah yang ditinggalkan (sementara).

Kredit foto: IG faziani_rohban

;