gaya hidup
Bersyukurlah Walau Beraya Di Rumah. Tak Seperti Mereka Yang BERJUANG, Bergelut Selamatkan Nyawa Daripada Dua Perang Berbeza.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang meluahkan kekesalan, kekecewaan, kehampaan susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan. Sudahlah tidak dapat pulang ke kampung kerana rentas negeri masih tidak dibenarkan untuk kali kedua tahun ini. Ya, pada fikiran kita apalah makna Hari Raya tanpa berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga. Kerana Aidilfitri itu sendiri bagaikan simbolik dengan aktiviti ziarah-menziarahi.
Kredit Foto: Google
Namun, nak tak nak kita perlu akur kerana saat dan ketika ini kita semua sedang diuji. Pertamanya dan hampir dengan kita adalah pandemik Covid-19 yang kian mengganas hingga memaksa kita sekali lagi diarahkan duduk dirumah dengan pergerakan yang kembali terbatas. Lebih memilukan dan menghiris hati apabila perkhabaran itu diterima hanya berbaki dua hari sebelum Aidilfitri.Kredit Foto: Google
Tetapi itu semua dilakukan demi keselamatan dan nyawa kita. Dan jika diperhalusi, sekurang-kurangnya kita punya waktu terluang untuk diisi bersama keluarga kecil kita. Berbanding dengan barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga. Umpamanya kita seolah-olah berhutang dengan mereka. Tetapi inilah caranya untuk kita saling membantu. Dengan keberadaan kita dirumah, ia secara tidak langsung membantu mereka juga orang sekeliling kita daripada terdedah dengan virus musuh nombor satu dunia ini.Kredit Foto: Google
Dan dalam masa sama, dunia maklum dengan pergolakan yang berlaku di Palestin kini. Terlalu banyak rakaman video yang memapaparkan kekejaman dan kezaliman tentera Zionis terhadap saudara kita. Mereka dihalau, diusir dari kampung halaman dan rumah yang mereka diami selama ini. Bukan itu sahaja, ledakan bom juga dilepaskan di kawasan perumahan yang telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Kanak-kanak, bayi, orang dewasa, wanita dan warga emas semua menjadi mangsa.Kredit Foto: Google
Hinggakan terbit dihati, apalah sangat kita disini cuma tidak boleh kampung beraya berbanding dengan mereka disana yang bertarung nyawa setiap saat. Nyawa dan keselamatan mereka terancam dek kerakusan tentera Israel ini. Allahu… Serasanya bercampur-baur perasaan meraikan Aidilfitri kali ini. Benar kita dituntut meraikan kemenangan usai sebulan berpuasa sepanjang Ramadan. Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang, perasaan teruja itu kian pudar dan hambar.Kredit Foto: Google
Bagaikan ada yang tidak kena pula walau kita hanya meraikan sambutan Hari Raya ini dirumah berbanding dengan saudara kita yang bergelut selamatkan nyawa disana. Saban hari diasak, ditindas dan dizalimi. Apa yang kita mampu lakukan dari kejauhan ini hanyalah menadah tangan bermunajat dan berdoa agar mereka terus dalam lindungan-nya.Kredit Foto: Google
Selain menghulurkan bantuan dengan menyalurkan bantuan dan derma, paling penting adalah keinsafan itu perlu lahir dari lubuk sanubari paling dalam. Insaf dan bersyukur kerana negara kita masih aman dan makmur. Dan kita boleh beraya lagi walaupun hanya duduk dirumah. Masih boleh menikmati rendang, lemang, lontong dan kuah lodeh juga kuih raya.Di hari yang mulia ini, ayuh kita perbanyakkan berdoa dan memohon kepada-Nya agar kita terus dilindungi daripada bahaya Covid-19. Juga tidak dilupakan titipkan doa buat saudara kita disana. Moga Allah cekalkan hati, lindungi mereka dan selamatkan mereka.
Must-Watch Video