Sebenarnya, ada kebaikan dan kelemahannya apabila bekerja atau berniaga dengan adik-beradik sendiri. Ia bukanlah soal hubungan itu tetapi sikap dan cara bekerja seseorang itu sendiri yang menentukan sama ada kerjasama itu berjaya atau sebaliknya. Banyak saja perniagaan besar yang dibangunkan oleh ibu bapa kemudian diwarisi anak-anak mereka.


Namun, ia pastinya didukung oleh sikap profesionalisme dan kejujuran yang tinggi dalam diri individu itu. Bagusnya apabila mengambil anak-beranak sendiri dalam sesebuah syarikat, kita lebih kenal darah-daging sendiri berbanding orang yang luar yang pasti dicurigai untuk diberi sepenuh kepercayaan.


Adik-beradik juga boleh berlebih-kurang tentang banyak perihal. Namun, jangan pula diambil kesempatan. Kerana, hal beginilah yang banyak menjadi faktor adik-beradik bertelagah. Satu keburukannya apabila bekerja sesama keluarga, apabila bergaduh kelak melibatkan silaturahim yang mungkin terputus. Inilah yang menakutkan.

Kredit Foto: Google


Garis Panduan Bekerja/Berniaga Dengan Anak-Beranak


Sikap profesional
Amanah dan jujur
Disiplin
Bayar sewajarnya

Jangan bawa hal kerja ke rumah
Kredit Foto: Google