Highlights

Betul Ke Susah Buat Bisnes Atau Bekerja Dengan DARAH DAGING Sendiri? Kalau Profesional, Jujur Okey Saja.

gempak
Afiza Kamarulzaman
10/11/2020
15:27 MYT
Sponsor Banner
Betul Ke Susah Buat Bisnes Atau Bekerja Dengan DARAH DAGING Sendiri? Kalau Profesional,  Jujur Okey Saja.
Sebenarnya, ada kebaikan dan kelemahannya apabila bekerja atau berniaga dengan adik-beradik sendiri. Ia bukanlah soal hubungan itu tetapi sikap dan cara bekerja seseorang itu sendiri yang menentukan sama ada kerjasama itu berjaya atau sebaliknya. Banyak saja perniagaan besar yang dibangunkan oleh ibu bapa kemudian diwarisi anak-anak mereka.
Namun, ia pastinya didukung oleh sikap profesionalisme dan kejujuran yang tinggi dalam diri individu itu. Bagusnya apabila mengambil anak-beranak sendiri dalam sesebuah syarikat, kita lebih kenal darah-daging sendiri berbanding orang yang luar yang pasti dicurigai untuk diberi sepenuh kepercayaan.
Adik-beradik juga boleh berlebih-kurang tentang banyak perihal. Namun, jangan pula diambil kesempatan. Kerana, hal beginilah yang banyak menjadi faktor adik-beradik bertelagah. Satu keburukannya apabila bekerja sesama keluarga, apabila bergaduh kelak melibatkan silaturahim yang mungkin terputus. Inilah yang menakutkan.
Kredit Foto: Google
Garis Panduan Bekerja/Berniaga Dengan Anak-Beranak
Sikap profesional
  • Setiap ahli keluarga harus tahu makna profesional di pejabat. Jangan dibawa hubungan di rumah ke tempat bekerja terutamanya di depan staf lain. Sikap menghormati perlu ada dan kena tahu batas hubungan di pejabat.
Amanah dan jujur
  • Ini sikap paling penting dalam diri setiap orang, tidak kira sesama adik-beradik atau orang luar. Jangan kerana syarikat itu abang aku punya atau bapa aku punya, maka kamu mengambil kesempatan. Ikutlah dasar syarikat yang telah ditetapkan.
Disiplin
  • Disiplin diri harus diperkemaskan. Anggaplah kamu juga seperti pekerja lainnya. Jika perlu masuk ikut waktu pejabat, ikutlah. Jika setiap urusan cuti dan berkaitan perlu melalui pihak sumber manusia, silalah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Bayar sewajarnya
  • Dalam hal duit, jangan dibuat main. Ramai yang gagal kerana tidak puas hati dengan cara pengagihan keuntungan sehingga membawa kepada kes ungkit-mengungkit. Kalau sudah janjinya dibayar sekian sekian, maka bayarlah. Jangan diambil mudah hanya kerana dia adik-beradik.
Jangan bawa hal kerja ke rumah
  • Atau jika ada sebarang majlis keluarga misalnya, elakkanlah membincangkan hal kerja di situ. Apatah lagi jika ahli keluarga lain tidak tahu-menahu hal kalian. Jangan babitkan orang ketiga dalam keluarga apabila membincangkan hal kerja antara kamu dan adik-beradik yang itu.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024