Betulkah Tandas Dalam Bilik Tidur Tak Patuh Syariah? Arkitek Ini Jelaskan SEBAB Dan Kesannya. Patutlah…
Huda Hussain
17/04/2021 06:35 MYT
17/04/2021 06:35 MYT
Penulis terpanggil untuk berkongsi muat naik ini yang dikongsikan Khairunisa Hamzah, individu berpengalaman luas dalam bidang reka bentuk. Pernah berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang seni reka menerusi penerbitan buku, perkongsian secara dalam talian dan banyak lagi. Dan apabila timbul soal ini, menjadi keperluan kita untuk kembali kepada asas agama. Berikut adalah huraiannya.
Jika dilihat kepada trend reka bentuk rumah pada hari ini, kebanyakan bilik tidur akan disertakan sekali dengan tandas. Reka bentuk ini sememangnya memberikan kemudahan kepada penghuni bilik tersebut kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tandas dalam bilik sebenarnya tidak mematuhi syariah. Oleh itu, ikuti perkongsian individu ini mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur. *Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”. Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti” Kredit Foto: Google
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita? Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.” (Hadis Riwayat Bukhori 5624).
2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).*
*Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.* Lantaran itulah Islam mengajarkan kita supaya melazimi rutin masuk dan keluar tandas dengan membaca doa-doanya. Sebagai panduan, jadikan doa ini sebahagian daripada amalan kita seharian:
Doa Masuk Tandas:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبَائِثِ
Maksudnya: Dengan nama Allah, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan lelaki dan perempuan.
Doa Keluar Tandas:
غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الأَذَى وَعَافَانِي
Maksudnya : “Aku memohon keampunan Mu (Ya Allah), Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku”
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu. Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Sumber asal: Puan Khairunisa Hamzah
Kredit Foto: Google
Jika dilihat kepada trend reka bentuk rumah pada hari ini, kebanyakan bilik tidur akan disertakan sekali dengan tandas. Reka bentuk ini sememangnya memberikan kemudahan kepada penghuni bilik tersebut kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke tandas.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa tandas dalam bilik sebenarnya tidak mematuhi syariah. Oleh itu, ikuti perkongsian individu ini mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur. *Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.*
Kredit Foto: Google
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah dulu saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”. Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”