Beza Nafkah Dan Belanja Rumahtangga. Walau Berapapun Nilainya, Suami WAJIB Beri Nafkah Untuk Isteri. Ingat Tu!
Huda Hussain
08/10/2020 04:39 MYT
08/10/2020 04:39 MYT
Sebelum berkahwin, tuntutlah sebanyak mungkin ilmu asas rumahtangga. Ambil tahu dan peka, yang mana tanggungjawab suami, apa pula tanggungjawab isteri. Perlu jelas dan faham dalam soal ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan apatah lagi perselisihan faham sesama suami isteri. Atau mungkin ada yang beranggapan, “Alah, tahulah aku macam mana nak urus nanti. Duit aku, aku punya pasal lah nak buat apa sekalipun.” Awas ya, hati-hati sebelum keluarkan kata-kata atau dalil sendiri. Ini soal pengetahuan dan ilmu rumahtangga yang telah digariskan dalam agama. Dan semestinya isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main atau boleh dipandang ringan.
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai. Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil Al-Quran dan sunah. Antaranya firman Allah yang bermaksud:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Surah Al-Nisa’ ayat 34
Duit Perbelanjaan Rumahtangga Bukanlah Termasuk Nafkah Isteri
Wang perbelanjaan rumahtangga adalah seperti ikan, ayam, sayur, beras dan lain-lain keperluan asas yang difikirkan wajar disediakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anak serta ahli keluarganya. Nafkah diri pula adalah suatu peruntukkan tambahan khas yang diberikan oleh suami kepada isteri dan ia adalah menjadi hak milik mutlak isteri sepenuhnya bagi tujuan yang dibenarkan oleh syarak.
Dan ada juga suami yang tidak membelanjakan keperluan dapur tetapi memperuntukkan wang perbelanjaan dapur terhadap isterinya untuk membeli keperluan. Disini ramainya para suami yang terlepas pandang dan tidak sedar. Sebagai contoh, suami memperuntukkan wang RM300 kepada isteri dan tidak dinyatakan sama ada untuk keperluan dapur atau sebagai nafkah isteri. Maka ramai para isteri yang beranggapan ianya adalah tujuan keperluan rumahtangga.
Bila berlaku permasalahan rumahtangga, maka di antara alasan tuntutan fasakh Seksyen 53(c) undang-undang keluarga islam negeri Johor, "bahawa suami telah gagal dalam memperuntukkan nafkah ke atas isteri selama tiga bulan berturut-turut". Sedangkan ada sesetengah keadaan di mana suami ada memperuntukkan wang, namun tidak dinyatakan oleh si suami sama ada untuk keperluan atau untuk nafkah si isteri. Bila berlaku persengketaan rumahtangga, isteri menyatakan bahawa suami tidak memperuntukkan nafkah diri ke atas isteri sedangkan si suami menyatakan bahawa dia ada menyediakan nafkah tersebut.
Maka disini pentingkan si suami menjelaskan wang yang telah diperuntukkan kepada isteri agar tidak timbul salah faham dikemudian hari. Sebagai contoh "Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya."
Nafkah Isteri Diberi Tanpa Syarat
RM100 tu si isteri nak beli apa pun, ikut suka dia lah. Dia nak simpan, nak beli apa-apa. Itu hak dia. Ini baru betul. Yang silapnya sekarang, bila wujud suami yang tak hulur duit belanja sebab? Sebab dia kata "Aku dah beli barang segala cukup semua dalam rumah. Makan pakai cukup. Cukup nafkah kamu."
Itu adalah yang banyak berlaku. Setiap bulan suami merungut, duit tidak cukup, serba serbi kurang. Nak kata bermewah-mewah tidaklah, tipa tahun gaji naik, tapi masih tidak mencukupi. Sebab apa tak cukup? Sebab kamu lupa untuk memberikan nafkah isteri terhadap isteri yang banyak membantu tanpa suami sedar.
Duit Isteri, Hak Isteri!
Isteri bekerja dan ada duit sendiri? Itu memang menjadi duit dan hak isteri. Bagi sesetengah suami, tak wajib nafkah ke atas isteri yang bekerja. Itu juga adalah salah. Pernah nampak orang miskin tapi hidup mereka sekeluarga penuh senyuman dan mesra? "Sayang, ni abang bagi RM30 untuk nafkah sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit ja abang bagi." Si isteri pun jawab, "Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli tudung dekat pasar malam tue. Sayang beli tau."...
Si suami pun balas, "Beli la sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu tudung yang lagi cantik nanti." Mereka sama-sama sebut "Amin". Tuntutannya bukan pada nilai besar atau kecil. Tapi kefahaman dan ilmu tentang nafkah. Kadang yang sedikit itu berkat, yang banyak itu tidak mencukupi. Dalam 10 rezeki kita, ada bahagian diri kita, bahagian isteri, bahagian anak-anak dan bahagian ibu bapa.
Kredit: Nurul Atikah

Kredit Foto: Google