,
gaya hidup

Bila Dah Makin Berusia, Tak Kisah Kalau Kawan Tak Ramai. Daripada Ramai Tapi Menyakitkan Hati… Oopss

Huda Hussain
05/10/2021
01:18 MYT
Kata seorang kawan, “Kau ni aku tengok balik-balik itu ajelah kawan kau. Tak boring?” Dan jawab saya “Tak boring pun. At least ada kawan. Kalau ada ramai kawan pun tapi kuat sentap, menyakitkan hati, menyemakkan kepala buat apa?” dan balasan jawapan itu disambut dengan senyuman kelat si kawan. Dan tak lama kemudian dia pula berkata “Hmmm… Betullah….” maka bermulalah sesi curhat mengenai kawannya seorang lagi.
Kredit Foto: Google
Dalam meniti kehidupan sebagai manusia, ya kita tidak dapat menafikan perlu adanya hubungan dengan manusia lain yang bukan darah daging sendiri. Yakni kawan. Merekalah tempat kita meluahkan perasaan dan paling penting berkongsi sesuatu yang lebih peribadi yang mungkin dirasakan kurang sesuai untuk diceritakan kepada ahli keluarga sendiri.
Kredit Foto: Google
Disinilah peranan kawan sebagai pendengar, penasihat, kaunselor tak bertauliah dan sebagainya. Bagi sesetengah orang ada perkara tertentu dirasakan sesuai untuk berkongsi dengan si A. Kalau bab lain dirasakannya lebih selesa bercerita dengan si B. Terpulang kepada pendirian dan kefahaman masing-masing atau atas dasar apa sesuatu perhubungan dan persahabatan itu terjalin.
Apa yang penulis ingin tekankan disini ialah segelintir daripada kita berpendapat tak perlu ramai kawan pun sebenarnya. Cukuplah sekadar yang ada. Lebih penting kualiti daripada kuantiti. Dan ada benarnya pandangan sebegitu. Kalau ramai kawan sekalipun, hanya beberapa kerat sahaja yang boleh diharap, yang boleh dan sanggup membantu di kala sempit dan susah. Yang benar-benar memahami sisi lain kita sama ada baik atau buruk. Yang sanggup bersusah-payah, yang ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan atau apa-apa. Hanya boleh dikira dengan jari sahaja kan?
Kredit Foto: Google
Tak salah kalau ada ramai kawan sekalipun tetapi untuk jumpa yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kita mungkin hanya satu dalam 1000. Yang takkan rasa segan silu menegur kita jika kita buat salah, yang tak sayang mulut melahar kita andai kita mula lupa diri, yang bukan bermuka-muka dan banyak lagi.
Lebih-lebih lagi apabila meningkat usia yang serba-serbi sudah matang pemikiran dan tindak tanduknya. Banyak lagi perkara yang mahu diberi perhatian. Yang mana lebih utama dan patut didahulukan itu lebih penting untuk disempurnakan. Dan meniti usia matang juga, realitinya kita tak mahu serabutkan kepala memikirkan perkara yang kecil dan remeh. Been there done that, itu yang selalu kita dengar dan lihat daripada pengamatan mereka yang berpengalaman.
Kredit Foto: Google
Makanya tidak perlulah sedih, down atau rasa tidak yakin kalau anda tak punya ramai kawan. Hiduplah sekadar dan seadanya. Sesiapa jua yang berada disekeliling kita, walau hanya seorang dua sahaja kawan kita peliharalah hubungan itu sebaiknya. Jangan khianati, jangan membelakangkan dan pinggirkan. Jagalah sebaiknya kerana kita kawan dengan seseorang itu bukan sekadar kawan. Kita mahu berkawan dan bersahabat hingga ke liang lahad, sampai ke syurga hendaknya. Itu sasaran kita. Jadi hargai kawan yang ada. Tak ramai tak apa, janji hati kekal damai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Berita

Remaja Lemas Ketika Mandi Sungai Bersama Rakan

gempak
23/08/2024
03:31 MYT
Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Terengganu di Kampung Batin di Seberang Takir, Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang semalam.
Hiburan

Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”

gempak
06/08/2024
14:26 MYT
Kemunculan Amir Ahnaf di konsert “DOLLA RE:BIRTH THE EXPERIENCE” pada 3 Ogos lalu di Zepp Kuala Lumpur telah menimbulkan persoalan tentang hubungan mereka.
Hiburan

Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye

gempak
05/08/2024
09:55 MYT
Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye, pempengaruh media sosial Adib Bananadibs tidak menafikan sedang berkawan rapat.
Unitar