Menerusi Instagram milik Prof Dr. Muhaya, beliau menjawab secara ringkas apa yang dikatakan sebagai deri rasa ke tiga atau six senses ini? Ia selalu dikaitkan dengan seorang isteri yang selalu dapat menelah apa yang dibuat suami di belakangnya. Lebih-lebih lagi ia sesuatu yang buruk.


Menurut Prof Muhaya, six senses ini atau dipanggil sebagai lintasan, firasat, ilham dan semaksud dengannya semuanya bergantung kepada Allah aazawajalla. Sama ada ia sangkaan buruk atau baik? Untuk mengetahui baik buruk sesuatu sangkaan itu, tengoklah pula pada diri kita sendiri.


“Lihat pada diri kita, sebelum melihat pada rasa kita itu. Kalau diri kita ini seorang ahli ibadah, seorang yang menjaga solat, aurat, akhlaknya baik, sentiasa memperbaiki diri dan jiwa, mahu selalu berusaha untuk kenal Allah, sentiasa bertaubat, selalu memaafkan, jiwa dan akalnya bersih, maka bersihlah semuanya,” Ujar Prof Muhaya.



Kredit Foto: Google



Suami Hati-Hati Dengan Isteri Yang Dekat Dengan Allah


Prof Muhaya turut memberi contoh seperti sesuatu yang kita perolehi daripada dua cara berbeza. Contohnya, jika kita menerima telekung daripada Prof Muhaya secara peribadi dan jika ia dibeli di kedai. Energi dan perasaannya tentulah berbeza. Begitulah firasat hati daripada orang yang dekat dengan Allah dan sebaliknya.


Memang adakalanya, Allah gerakkan hati kita untuk mengetahui sesuatu yang berlaku di belakang kita. Ia dipanggil guard feeling. Tiba-tiba sahaja hati kita terlintas mahu melihat WhatsApp yang masuk di telefon suami, rupa-rupanya benar suami ada berbuat ‘sesuatu’ di belakang isterinya.


“Pesan saya kepada para suami, hati-hati dengan isteri yang sentiasa dekat dengan Allah. Kalau kita aniaya isteri ini, maka lihatlah nanti balasan Allah kepada kita. Untuk isteri pula, ingat, jangan takut kehilangan makhluk atau kena ‘reject’. Percaya dan bergantunglah kepada Allah swt,” Akhiri Prof Muhaya sebagai pedoman kepada semua.


Jom audit diri bukan menyalahkan sesiapa , dapatkan inspirasi dan lakukan transformasi. Ingat dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita. Jom cari ilmu bukan cari berita Cinta kepada dunia punca segala dosa dan kesilapan di dunia ini Lain di hati lain di mulut. Jadikan tabiat menuntut ilmu setiap hari. Fokus kehidupan untuk ibadah pada Allah dengan ilmu bukan ikutan. Kejahilan suatu bala besar. Sempurnakan ilmu dengan belajar secara istiqamah. Jom masuk zon Allah dengan mencari ilmu dan buat perubahan. . Sertai telegram GEDUNG MUHAYA untuk maklumat terkini PMC Plus Six: https://t.me/GedungMuhaya

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial) on